web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tarikh Cantik 22.2.22 Diraikan Di Seluruh Dunia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 3:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tarikh hari ini, 22.2.2022 atau ditulis sebagai 22.2.22 menjadi tanggal unik dan cantik yang muncul sekali seumur hidup.

Kehadiran tarikh itu menarik perhatian masyarakat di seluruh dunia, bukan sahaja untuk berkongsi aktiviti atau ucapan ‘manis’, malah segelintir mereka menjadikan ia sebagai detik indah kehidupan bagi meraikan acara bermakna, seperti pertunangan dan pernikahan.

Ia termasuk sambutan ulang tahun perkahwinan, hari lahir, dan kelahiran anak baharu pada tarikh ini.

Tinjauan Getaran di media sosial mendapati, kisah di sebalik tarikh itu dijadikan sebagai topik perbualan di media sosial.

“Tarikh Selasa, 22 Februari 2022 jika dibaca dari kiri ke kanan, kanan ke kiri, atas ke bawah, masih menunjukkan angka yang sama, iaitu 22022022,” kongsi sebuah akaun media sosial, Did You Know?

“Tarikh yang cantik dengan individu yang indah,” ciap @njmndycs menerusi Twitter.

“Ia adalah 2.22.2222 hari ini, jom buat cabaran, 2 tanda suka, 22 maklum balas dan 2,222 ciapan semula,” tulis @01Btsxarmy.

“Selamat pagi rakan-rakan, tarikh cantik hari ini 22/2/2222. Ada siapa-siapa melangsungkan perkahwinan hari ini, saya jadi ‘dulang boys’ hari ini,” kata @ismail7k.

“Saya berkahwin dua tahun lepas pada tarikh 22 Februari. Saya merancangnya secara strategik supaya boleh meraikan ulang tahun perkahwinan kedua pada tarikh 22/2/22. Selamat ulang tahun perkahwinan untuk isteri saya yang cantik,” tulis @Justin_K000.

“Saya akan berkahwin pada 22.2.22,” ciap @Ravenmalfoy_.

“Jiran saya berkahwin hari ini, ia tarikh yang sangat indah 22/2/22,” kata @_kimmina96

“Selamat datang Amelia Rose. Lahir 00.08 pagi pada 22.2.22. Cucu perempuan dan anak perempuan saya kedua-dua berada dalam keadaan baik,” ciap @Lor1116. - Getaran, 22 Februari 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 23 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar