web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


70 Kediaman Terjejas, Melaka Dilanda Ribut

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 9:59AM

Bumbung rumah Rahmat Alus, yang diterbangkan angin hampir 60 meter ke rumah jirannya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Kira-kira 70 buah rumah di dua daerah di negeri ini terjejas akibat ribut, lewat petang semalam.

Antara kawasan yang terjejas dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu adalah di Batu Berendam, Krubong serta Peringgit di Melaka Tengah dan Durian Tunggal di sini.

Cuaca hujan lebat berserta angin kuat itu juga menyebabkan berlakunya pokok tumbang di beberapa lokasi dan jalan utama.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, sehingga jam 8 pagi tadi seramai 13 mangsa membabitkan empat keluarga terpaksa dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Beliau berkata, sebuah PPS di Balairaya Kampung Belimbing Dalam, Alor Gajah dibuka kira-kira jam 9 malam tadi.

“Mereka ditempatkan di PPS selepas bumbung kediaman tercabut dan bekalan elektrik terputus.

“Akibat daripada cuaca itu juga, 11 kawasan dilaporkan terjejas iaitu dua di Kampung Belimbing Dalam, Alor Gajah serta sembilan lokasi lain, antaranya Kampung Tanah Merah, Kampung Pengkalan Batu, Lanjut Manis dan Kampung Ladang di Melaka Tengah,” katanya.

Seorang mangsa, Rahmat Alus, 51, berkata, insiden tersebut berlaku secara tiba-tiba dan amat menakutkan, sehingga ahli keluarganya berpelukan sesama sendiri.

“Selain saya dan emak yang berusia 80-an, turut berada di rumah ialah anak saudara ketika beberapa bahagian bumbung rumah diterbangkan angin, menyebabkan hujan mula masuk.

“Di dalam rumah ketika itu memang basah, dan saya hanya mampu melaungkan azan untuk meredakan ketakutan kami sekeluarga, apatah lagi selepas melihat bumbung rumah diterbangkan angin hampir 50 meter,” katanya. - Getaran, 22 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Politik 1 minggu yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

oleh Sophia Ahmad