Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Protokol Baharu Isolasi Kontak Rapat, Pakar Beri Reaksi Pelbagai

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebelum ini tempoh kuarantin kontak rapat pesakit  COVID-19 ditetapkan selama lima hari bagi yang sudah menerima dos penggalak, tujuh hari untuk individu lengkap vaksinasi manakala 10 hari bagi yang belum lengkap atau tiada vaksinasi.

Namun Jumaat lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan satu protokol baharu mengenai isolasi (pengasingan) berkaitan kontak rapat.

Pengumuman tersebut sudah tentunya berita gembira bagi individu dengan status kontak rapat tanpa disengajakan yang kerap berlaku ketika ini, berikutan peningkatan jangkitan kes COVID-19.

Begitu pun, pengumuman itu mencetuskan kebimbangan pakar kesihatan awam mengenai risiko peningkatan penularan jangkitan COVID-19 ketika kes positif di Malaysia masih tinggi.

Pakar Kesihatan Awam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, keputusan untuk melonggarkan syarat kuarantin bagi kontak rapat COVID-19 tanpa gejala perlu dikaji secara mendalam sebelum dilaksanakan kepada orang ramai.

Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Katanya, langkah tersebut belum selamat dilakukan ketika ini memandangkan kemungkinan individu tersebut disahkan positif amat tinggi.

Susulan itu beliau berpendapat, perintah isolasi masih perlu dikenakan terhadap dua kategori kontak rapat iaitu individu tidak divaksin atau belum lengkap vaksinasi dan mereka yang belum menerima suntikan dos penggalak.

“Pada pendapat saya, tak boleh samakan semua kontak rapat sebab ada kategori yang lebih berbahaya berbanding lain.

“Misalnya kontak rapat tidak divaksin atau belum lengkap vaksinasi dan mereka yang belum mengambil dos penggalak. Golongan ini berisiko tinggi untuk positif COVID-19.

“Kementerian Kesihatan (KKM) tak boleh lepaskan mereka begitu saja. Golongan ini masih perlu menjalani kuarantin dan dipantau status ujian kendiri mereka,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Bagi kontak rapat yang lengkap divaksinasi atau sudah mengambil suntikan dos penggalak, Dr Sharifa Ezat berkata, kelonggaran boleh diberikan kepada golongan tersebut.

“Kalau dah lengkap vaksin dan ambil dos penggalak, tak apalah boleh lepaskan. Walaupun tanpa gejala kita tak risau sangat.

“Kita juga tahu kebarangkalian untuk mereka dapat jangkitan serius itu rendah melainkan warga emas dan kanak-kanak,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menyarankan agar golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun dan warga emas yang menjadi kontak rapat, menjalani ujian saringan kendiri COVID-19.

“Kita kena tahu masih ramai kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun belum divaksin. Jadi mereka berisiko tinggi dijangkiti COVID-19.

“Saya bimbang mula-mula mereka tak ada gejala, tiba-tiba beberapa hari kemudian ada gejala pula. Jadi kita kena pantau dan sarankan mereka buat ujian saringan.

“Kalau boleh ujian saringan dilakukan dua kali seminggu.

“Ujian pertama dilakukan pada hari ketiga selepas terdedah dan ujian kedua, tiga hari selepas ujian saringan pertama,” katanya.

Ditanya sama ada langkah tersebut mampu mengurangkan penularan jangkitan COVID-19, Dr Sharifa Ezat berkata, perkara itu mustahil berlaku memandangkan negara masih diancam varian Omicron.

“Virus ini ada di mana-mana. Kalau kita lepaskan kontak rapat ini, jumlah kes jangkitan sebenarnya tiga kali ganda daripada apa yang direkodkan hari ini.

“Keadaan berbeza sekiranya 80 peratus golongan dewasa sudah menerima dos penggalak manakala ramai kanak-kanak sudah divaksin. Jika itu berlaku, kita boleh lepaskanlah sebab dah macam endemik. Buat masa sekarang keadaan sebenarnya masih belum lagi selamat,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Perubatan Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat pula bersetuju sekiranya KKM melonggarkan syarat kuarantin terhadap kontak rapat pesakit COVID-19 sebagai usaha melangkah ke fasa hidup bersama virus tersebut.

Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat
Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat

Katanya, beliau yakin tindakan itu dibuat dengan mengambil kira pelbagai aspek selain situasi sebenar penularan COVID-19 di negara ini.

“Virus ini sudah ada dalam komuniti. Mana-mana pergi memang berisiko terdedah kepada jangkitan COVID-19.

“Bagi saya setiap orang perlu patuh prosedur operasi standard (SOP). Kalau ada gejala kuarantin. Kalau rasa diri tu beri risiko kepada orang lain, tak perlu keluar sesuka hati,” katanya.

Menurut beliau, langkah tersebut sedikit sebanyak meningkatkan kesedaran orang ramai supaya lebih berhati-hati dan sentiasa mematuhi SOP ditetapkan demi keselamatan semua.

“Jadi kalau anda kontak rapat tetapi tiada gejala, sebelum keluar buatlah ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu.

“Elakkan aktiviti berkumpulan. Pakai pelitup muka, keluar jika perlu, elakkan tempat sesak dan sentiasa patuh SOP ditetapkan. Itulah langkah terbaik ketika ini,” katanya. - Getaran, 22 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 4 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

2

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

3

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

4

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

5

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

6

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

DBKL Gempur Penjaja Asing, Sita 8 Gerai Milik Warga Bangladesh

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Halim Teruja Jalani Fisioterapi Untuk Kembali Beraksi

Semasa 2 jam yang lalu

Sekali Lagi Difitnah Ada Kaitan Dengan Raja Dadah India, Abdul Malik Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia-Qatar Sepakat Tingkat Kerjasama Pelaburan -PM

oleh Sophia Ahmad