web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Telur Penyu Terima Permintaan, Laris Dijual Sebelum Larangan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2022 6:33PM

Telur penyu mendapat permintaan tinggi dan laris dijual di Pasar Payang setiap hari selepas kerajaan negeri mengumumkan larangan penjualan telur haiwan yang akan berkuatkuasa pada 1 Jun ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Telur penyu telur mendapat permintaan tinggi dan laris dijual setiap hari sebelum larangan penjualan telur reptilia itu berkuat kuasa 1 Jun nanti.

Peniaga di Pasar Payang, Ahmad Syukri, 54, berkata, pelanggan sanggup membeli telur penyu itu biarpun dijual dengan harga yang tinggi, iaitu RM10 bagi sebiji telur.

“Sejak kerajaan negeri umum nak haramkan penjualan, memang permintaan telur penyu ini sangat luar biasa, sampaikan kita dapat menjual 300 biji dalam sehari,” katanya kepada media.

Seorang lagi peniaga Ibtiah Abdullah, 62, berkata, majoriti pelanggannya terdiri daripada pengusaha restoran.

Katanya, ada juga yang membeli telur penyu bagi tujuan perubatan biarpun tiada bukti secara saintifik boleh mengesahkan perkara itu.

“Kebanyakan pelanggan yang beli datang dari luar Terengganu untuk restoran dan ada untuk dibuat ubat.

“Biasanya kalau mereka beli, tak beli sikit, tapi sampai beratus-ratus ringgit,” katanya.

Di sebalik permintaan mendadak itu, mereka bagaimanapun akur dengan larangan yang dikuatkuasakan pihak berwajib.

“Kami akan jual sampai tarikh ditetapkan dan akan menghentikan penjualan selepas 1 Jun. Kita tak naklah melanggar undang-undang, nanti didenda pula,” katanya.

Kerajaan negeri mengharamkan sepenuhnya penjualan telur penyu dan tuntung laut bermula 1 Jun, selepas pindaan Enakmen Penyu 1951 diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 pada November tahun lepas.

Enakmen itu turut mengenakan hukuman lebih tinggi kepada mereka yang mengganggu atau membunuh penyu, antara RM50,000 hingga RM200,000 serta penjara selama setahun berbanding RM3,000 sebelum ini. - Getaran, 21 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad