web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


28,825 Kes Positif COVID-19 Semalam, 95 Dilapor Serius

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2022 11:50AM

Sebanyak 28,825 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes 3,194,848. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 28,825 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam, meningkat sedikit berbanding 27,808 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 3,194,848.

Katanya, jumlah yang direkodkan itu membabitkan 28,734 kes tempatan dengan 91 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 2 iaitu bergejala ringan, dengan jumlah 20,318 atau bersamaan 70.49 peratus. Sebanyak 8,412 kes pula berada dalam kategori 1 atau tidak bergejala.

“Sebanyak 59 kes iaitu 0.20 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (22) serta kategori 5 (14),” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 95 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, 28 kes iaitu 29.47 peratus tidak divaksinasi atau belum melengkapkan suntikan tersebut.

Katanya lagi, daripada jumlah itu, 49 kes sudah menerima dua dos vaksin manakala 18 kes lagi membabitkan individu yang sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 41 kes berumur 60 tahun ke atas, 48 kes mempunyai komorbiditi manakala tiada kes membabitkan ibu hamil.

“Kira-kira sembilan kes iaitu 0.03 peratus meninggal dunia termasuk empat kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID),” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, terdapat pertambahan 12 kluster baharu, menjadikan hingga kini terdapat 492 kluster yang masih aktif di negara ini. 

Perkembangan tersebut secara keseluruhannya menjadikan sebanyak 6,704 kluster sudah direkodkan di negara ini sejak wabak berkenaan dikesan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memberitahu, bagi kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), setakat ini sebanyak 238 kes iaitu 97 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19 dengan 141 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

“Sebanyak 130 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, terdapat 18,514 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 2,919,196 kes. - Getaran, 20 Februari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 9 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad