web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jenazah Ibu, Bayi Mangsa Nahas Selamat Dikebumi Satu Liang Lahad

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2022 3:59PM

Allahyarham Nur Hasliza Yazaib - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Jenazah mangsa nahas kemalangan melibatkan motosikal, Nur Hasliza Abdul Yazaib, 25, dan bayinya, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Stol, di sini, 10.30 pagi tadi.

Suami Allahyarham Nur Hasliza, Mohd Khairi Hasbullah, 31, berkata isterinya yang mengandung sembilan bulan itu dijangka melahirkan anak keempat mereka pada 24 Februari ini.

"Saya reda dengan pemergian isteri dan anak saya, namun perasaan sedih tidak dapat digambarkan, apatah lagi arwah pergi dengan cara sebegini," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Banggol Stol.

Mohd Khairi berkata tumpuannya ketika ini adalah kepada anak keduanya Nurul Iman Maisara, 6, yang turut terbabit dalam kemalangan tersebut.

"Nurul Iman Maisara ketika ini sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala," katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, mengesahkan bahawa kemalangan itu telah mengorbankan tiga nyawa termasuk penunggang motosikal Muhamad Shakim Muhamad Zaki, 18.

"Penunggang remaja itu dikatakan gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan melanggar motosikal ditunggang mangsa wanita sarat mengandung bersama seorang anak perempuan," katanya.

Media melaporkan kesan pelanggaran itu mengakibatkan Nor Hasliza maut di tempat kejadian dan bayi dalam kandungannya telah terkeluar daripada rahim.

Bayi lelaki itu meninggal dunia tengah malam tadi ketika menerima rawatan di Hospital Pasir Mas. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Pendidikan 5 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad