web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


8,940 Petugas Penjagaan Kesihatan Positif COVID-19 Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 8:26PM

Seramai 8,940 petugas penjagaan kesihatan (HCW) di Malaysia telah dijangkiti COVID-19 tahun ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sehingga kini seramai 8,940 petugas penjagaan kesihatan (HCW) di negara ini telah dijangkiti COVID-19 tahun ini,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Dalam hantaran di Facebooknya hari ini, beliau berkata jumlah itu meningkat daripada 284 kes pada minggu pertama tahun ini (Minggu 1/2022) kepada 3,343 kes pada minggu keenam (Minggu 6/2022).

Dr Noor Hisham berkata seramai 5,711 HCW (kes aktif) tidak dapat berkerja selepas mereka diuji positif COVID-19, makanala 3,119 tidak hadir selepas menjadi kontak rapat, yang merupakan kira-kira 3.1 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja Kementerian Kesihatan (KKM).

Sementara 3,229 HCW yang positif COVId-19 telah melengkapkan tempoh pengasingan mereka, dan kini telahpun kembali bekerja.

“Pada ketika ini 80.3 peratus di Malaysia telah menerima dos vaksin penggalak. Secara amnya, pada masa ini 93.3 peratus daripada keseluruhan pesakit berada di bawah pengasingan di rumah dengan tindakan susulan dilakukan secara digital,” katanya.

Oleh sebab itu Dr Noor Hisham berkata MOH telah mengambil tindakan bagi memastikan gangguan minima kepada perkhidmatan dan penjagaan kepada pesakit COVID-19 dan bukan pesakit COVID-19.

Tambah beliau langkah-langkah perlu dan polisi adaptif telah diperkenalkan berdasarkan kepada data semasa yang ada dan amalan di negara lain, di mana KKM juga bekerjasama dengan fasiliti kesihatan swasta bagi membantu menguruskan pesakit COVID-19.

Sementara itu dalam hantaran berasingan, beliau berkata sejumlah 2,258,521 atau 67.7 peratus warga emas telah diberi dos penggalak daripada 3,335,309 warga emas yang telah lengkap dua dos vaksin, sehingga 7 Feb.

Menurutnya, sebanyak 1,073 pusat jagaan warga emas berdaftar dan tidak berdaftar telah dilawat, serta seramai 19,646 warga emas dan 10,173 pekerja telah diberi lengkap dua dos vaksin. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 8 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik