web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kit Saringan COVID-19 Hasil Keputusan Negatif Palsu Akan Diuji

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 7:53PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan melakukan ujian terhadap kit saringan kendiri COVID-19 di pasaran yang dikesan mempunyai kualiti dan ketepatan meragukan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengakui, pihaknya mengambil maklum aduan orang ramai terhadap ralat keputusan, apabila membuat ujian menggunakan kit saringan kendiri yang dijual di pasaran.

Susulan itu katanya, KKM mengarahkan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk memanggil semua pembekal kit ujian kendiri bagi meneliti isu tersebut.

“Memang kita ambil maklum mengenai keraguan terhadap kit saringan kendiri menggunakan sampel air liur yang dijual di pasaran kerana dikatakan memberi keputusan negatif palsu.

“Jadi saya arahkan MDA supaya minta pembekal ini untuk mendapatkan maklumat jaminan kualiti daripada pengilang atau pengeluar kit saringan itu,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, pihak pembekal juga perlu melakukan semakan sama ada proses jaminan kualiti bagi setiap produk kit saringan kendiri itu dibuat dari semasa ke semasa.

"Ketika kit saringan tersebut diluluskan MDA, ketepatan mungkin 99 peratus tetapi kadar itu mungkin merosot dalam tempoh tertentu.

“Jadi kita juga akan test kit yang diragui untuk tentukan tiada kemerosotan kualiti. Perkara ini sedang dijalankan. Kita akan maklum kepada orang ramai hasil tindakan MDA,” katanya.

Sementara itu, Khairy memaklumkan kadar kemerosotan tahap kesihatan pesakit COVID-19 ke kategori 3 hingga 5 adalah sangat kecil.

Menurut beliau, data pada Januari lalu menunjukkan hanya 1.2 peratus daripada pesakit yang disahkan kategori 1 dan 2 mengalami kemerosotan kesihatan ke kategori 3.

Katanya, data bagi bulan sama turut merekodkan hanya 0.6 peratus pesakit kategori 1 dan 2 berdepan kemerosotan tahap kesihatan ke kategori 4 serta 5.

"Kita akan terus kemas kini data ini pada Februari bagi memberi penjelasan dan gambaran lebih menyeluruh kepada masyarakat," katanya.

Justeru beliau merayu agar orang ramai segera mendapatkan dos penggalak bagi mencegah jangkitan lebih serius.

Katanya, sebanyak 77.5 peratus daripada kes yang dilaporkan semalam tidak mendapat suntikan dos penggalak.

"Dos bukan jaminan untuk kita tidak dijangkiti tetapi membantu mencegah gejala yang lebih serius," katanya. - Getaran, 17 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran