web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tempoh Pembukaan Akaun TH Untuk Jemaah Umrah Dilanjutkan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2022 5:05PM

Idris (dua dari kiri) menyerahkan replika cek kepada Sulaiman pada Majlis Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Melaka 2022, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pembukaan akaun Tabung Haji (TH) bagi jemaah yang terpaksa membatalkan ibadah umrah mereka sehingga Mac depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan pembayaran sagu hati dibuat ke dalam akaun simpanan TH.

Beliau berkata, penetapan pembayaran melalui akaun tersebut diputuskan bagi memudahkan penerima kerana cawangan TH terdapat di semua lokasi.

"Hanya kira-kira 1,000 jemaah yang belum ada dan kita harapkan mereka dapat membukanya segera.

"Kita juga sudah mengarahkan pihak TH supaya memberitahu kepada semua cawangan pejabatnya kalau ada yang mahu membuka akaun untuk pembayaran agar urusan berkenaan disegerakan dan dipermudahkan," katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media pada Majlis Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Melaka 2022.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan akan menyalurkan pembayaran sagu hati sebanyak RM1,671 seorang kepada 8,027 jemaah yang terpaksa membatalkan ibadah umrah masing-masing akibat penularan varian Omicron bermula 8 Januari lalu.

Sehubungan itu, semua jemaah yang terbabit diminta supaya segera membuka akaun berkenaan sebelum 18 Februari untuk melancarkan penyaluran sagu hati tersebut.

Sementara itu, Idris turut menjelaskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) masih meneruskan perbincangan dalam usaha menyerap kira-kira 35,000 guru KAFA ke jawatan tetap.

"Sebenarnya, JAKIM sudah berjumpa dengan stakeholder dan perkara itu sudah dibincangkan cuma apabila hendak kepada penetapan Contract of Service (COS), ia memerlukan kepada beberapa syarat yang perlu dipenuhi.

"Ini perlu diselesaikan dulu jadi ini mungkin kekangan sedikit dan bila dapat (dimuktamadkan) belum boleh diberitahu," katanya. - Getaran, 15 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Politik 1 minggu yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

oleh Sophia Ahmad