web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Kecam Undang-Undang Dua Darjat, Kecewa PM Pertahan Hishammuddin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2022 2:54PM

Hishammuddin sebelum ini mengakui khilafnya kerana melanggar SOP ketika menghadiri Majlis Pelancaran Briged MIC Johor, baru-baru ini. - Gambar dari Facebook Hishammuddin Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menimbulkan kekecewaan ramai, apatah lagi ia melibatkan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Perdana Menteri semalam dipetik sebagai berkata, Hishammuddin tidak perlu meletakkan jawatan walaupun didapati bersalah melanggar SOP ditetapkan.

Katanya, kesalahan yang dilakukan Ahli Parlimen Sembrong itu bukanlah satu jenayah.

Tinjauan di media sosial mendapati, ramai kurang senang dengan kenyataan itu dan berpendapat wujud jurang ketara hukuman dua darjat antara rakyat marhaen dengan golongan kayangan.

Seorang pengguna Twitter berkongsi tangkap layar artikel berkaitan insiden 49 jemaah ditahan atas kesalahan melanggar SOP kerana menunaikan solat Aidiladha tahun lalu, sebagai perbandingan kepada kesalahan dilakukan Hishammuddin.

“Tahun lepas 49 lelaki digari dan dipakaikan baju oren atas kesalahan langgar SOP menunaikan solat Hari Raya Aidiladha.

“Ya, langgar SOP dikira jenayah jika anda hanya rakyat biasa,” kata Nsulaimanz.

Ciapan tersebut menerima lebih 4,000 ulang kicau dan 4,067 tanda suka di Twitter.

Majoriti bersetuju dengan ciapan tersebut kerana kerajaan kerap kali dilihat bersikap double standard terutamanya ketika berlaku insiden pelanggaran SOP membabitkan menteri dan ahli politik.

“Selasa langgar SOP, Rabu (rakyat marhaen) terus naik court baju oren atau ungu. Cekap. Ini yang kita mahu. Tabik, terbaik,” sindir pula Dafrosty.

“Undang-undang rakyat marhein dan undang-undang kayangan dibezakan. Nampak!! Barulah nama keluarga Malaysia,” kata  r3dz479· dengan sinis.

Pada masa sama, netizen turut meluahkan kemarahan mereka terhadap kepemimpinan kerajaan hari ini kerana gagal menunjukkan contoh terbaik kepada rakyat dalam soal pematuhan SOP.

“Macam mana rakyat nak follow SOP, kalau pemimpin tak bagi contoh yang baik,” kata HaafizhCR.

“Ini buat rakyat marah, layanan berbeza untuk VVIP kayangan,” kata KMN_MANL.

Terdahulu, Hishammuddin mengakui khilafnya kerana melanggar SOP ketika menghadiri Majlis Pelancaran Briged MIC Johor, kelmarin.

Hishammuddin menerusi ciapan di Twitter rasminya memaklumkan, beliau hadir sebagai tetamu dalam majlis itu dan mengakui memang ada kelemahan dalam pematuhan SOP dalam majlis terbabit.

Ekoran kejadian itu, beberapa pemimpin pembangkang turut mendesak Hishamuddin supaya meletakkan jawatan. - Getaran, 15 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

PM Arah Lawatan Menteri, Timbalan Ke Luar Negara Dihentikan Sementara

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar