web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gajah Betina Ditemukan Mati Di Tepi Jalan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2022 2:40PM

Seekor gajah betina ditemui mati di tepi jalan Empangan Pedu di Kampung Pinang, Pedu, pagi tadi. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG TERAP - Seekor gajah betina ditemukan mati di tepi Jalan Empangan Pedu di Kampung Pinang, Pedu di sini pagi tadi.

Gajah itu dijumpai oleh penduduk kampung yang keluar menoreh getah sebelum menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada kira-kira 8.30 pagi untuk tindakan lanjut.

Pengarah Perhilitan Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim berkata setakat ini pihaknya belum mempunyai maklumat terperinci mengenai punca kematian gajah berkenaan.

"Setakat ini tiada maklumat yang boleh saya bagi. Saya pun (perlu) tunggu keputusan dari pasukan forensik yang datang dari ibu pejabat (Jabatan Perhilitan Kuala Lumpur) untuk bedah siasat (punca kematian gajah ini),” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp hari ini.  

Sementara itu, seorang penduduk kampung Shazwan Ismail, 25, berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh penduduk lain yang terserempak dengan gajah berkenaan semasa keluar menoreh getah pada kira-kira 7.30 pagi tadi.

"Apabila sampai (di lokasi kejadian), saya dapati gajah ini sudah mati dan dalam keadaan terduduk, apabila diamati, terdapat kesan darah bersama najisnya yang berkemungkinan gajah betina ini termakan racun atau baja tanaman kebun.

"Penduduk kampung sudah lebih sebulan melihat sekumpulan tujuh ekor gajah berkeliaran di kawasan kebun getah mereka dan saya rasa gajah betina ini mungkin salah seekor daripada sekawan gajah berkenaan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad