web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja Tikam Anak Didakwa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2022 12:02PM

Seorang remaja berusia 15 tahun didakwa membunuh anak kandungnya yang baru lahir, di Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEMAMAN - Seorang remaja berusia 15 tahun didakwa membunuh anak kandungnya di Mahkamah Majistret Kemaman, dekat sini, hari ini. 

Tertuduh yang sudah tidak bersekolah itu didakwa melakukan perbuatan terbabit di sebuah rumah di Kampung Seri Bandi, dekat sini, pada 8 Februari lalu. 

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah membunuh bayi yang dilahirkannya di sebuah rumah di Seri Bandi di sini, antara jam 7 hingga 9 pagi, pada tarikh berkenaan. 

Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azhani Azman, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Nurainie Haziqah Shafii. 

Bagaimanapun tidak ada pengakuan direkodkan sebaik sahaja pihak pendakwaan selesai membaca pertuduhan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman. 

Peguam bela mewakili tertuduh mengemukakan permohonan agar tertuduh dibenarkan ikat jamin, namun ditolak mahkamah memandangkan kes itu membabitkan kesalahan membunuh. 

Mahkamah kemudiannya menetapkan 16 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes. 

Dalam kejadian Selasa minggu lalu, seorang bayi yang baharu dilahirkan dan cukup sifat ditemui meninggal dunia di sebuah rumah dalam daerah Kemaman, dengan kesan tikaman pada bahagian dada kiri.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan dilaporkan berkata, bayi lelaki itu dipercayai ditikam menggunakan objek tajam oleh ibunya sendiri.

Ketika kejadian, ahli keluarga tertuduh tiada di rumah dan remaja berkenaan meminta bantuan rakannya menghubungi petugas kesihatan bagi memaklumkan kelahiran bayi tersebut.

Bagaimanapun, katanya, selepas pemeriksaan dibuat, petugas kesihatan mendapati bayi berkenaan sudah tidak bernyawa dan terdapat kesan luka di dada, dipercayai akibat ditikam.

Beliau berkata, polis turut mengenalpasti seorang lelaki yang dipercayai merogol remaja berkenaan dan kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 302 dan 376 Kanun Keseksaan. - Getaran, 15 Februari 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar