web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JKNS Nafi Remaja Meninggal Kerana Dos Penggalak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2022 8:41PM

JKNS menafikan dakwaan bahawa seorang remaja meninggal dunia selepas menerima dos penggalak vaksin COVID-19, seperti tular di aplikasi WhatsApp. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) hari ini menafikan dakwaan seorang remaja meninggal dunia selepas menerima dos penggalak vaksin COVID-19 di Tuaran.

Pengarah JKNS, Dr Rose Nani Mudin berkata, jabatan berkenaan telah membuat siasatan dengan segera dan mendapati dakwaan yang tular di aplikasi WhatsApp itu adalah palsu.

Katanya, remaja berkenaan telah meninggal dunia pada 12 Februari lalu dan punca kematiannya adalah disebabkan jangkitan paru-paru dan penyakit jantung sejak lahir, bukan disebabkan dos penggalak vaksin COVID-19.

"Keadaan pesakit telah diterangkan kepada ahli keluarga pesakit dan mereka menerima penerangan mengenai punca kematian dengan baik.

"Siasatan juga mendapati bahawa pesakit telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 pada 31 Julai 2021 dan dos kedua pada 21 Ogos 2021," katanya.

Menurut Dr Rose Nani, ibu pesakit dan Hospital Tuaran juga telah mengesahkan bahawa pesakit tidak pernah mengambil dos penggalak untuk vaksin COVID-19.

Susulan kejadian, ibu pesakit telah membuat satu laporan polis, semalam bagi menafikan dakwaan bahawa kematian anaknya disebabkan oleh dos penggalak.

Ibu pesakit turut menafikan bahawa ahli keluarganya terlibat dalam penularan maklumat palsu itu. 

Katanya, pihak Hospital Tuaran juga telah membuat laporan polis untuk siasatan dan tindakan lanjut berhubung penularan berita palsu dan gambar pesakit di aplikasi WhatsApp oleh individu tidak bertanggungjawab.

"JKNS bersimpati dengan keluarga pesakit dan berharap agar orang awam tidak menularkan berita palsu dalam mana-mana media sosial atau aplikasi yang boleh mengelirukan orang ramai serta mengancam privasi pesakit dan ahli keluarga.

"Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu berkenaan," tegasnya. - Getaran, 14 Februari 2022

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad