web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Pantau Rapat Konflik Landa Ukraine

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2022 3:00PM

Penunjuk perasaan membawa kain rentang dan melaungkan bahawa penduduk Ukraine tidak akan berdiam diri pada tunjuk perasaan di Kyiv pada 12 Februari lalu. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar Negeri sedang memantau rapat perkembangan terkini konflik yang melanda Ukraine ketika ini, memandangkan ia membabitkan 20 rakyat Malaysia yang berada di negara berkenaan.

Jurucakap kementerian berkata, semua rakyat yang berada di sana digesa agar menghubungi dan mendaftar dengan Kedutaan Malaysia pada kadar segera.

“Ia memudahkan pihak kedutaan untuk menghulurkan bantuan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

“Rakyat Malaysia yang berada di Ukraine juga dinasihatkan untuk meletakkan keutamaan terhadap keselamatan dan pada masa sama, mematuhi arahan  dikeluarkan pihak berkuasa,” katanya.

Menurut jurucakap itu, setakat ini terdapat 20 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan pihak kedutaan, termasuk sembilan petugas kedutaan dan keluarga mereka.

“Selain itu, kedutaan juga berhubung rapat dengan rakyat Malaysia yang lain termasuk dua penuntut bagi memastikan keselamatan mereka dan menghulurkan bantuan jika diperlukan,” katanya.

Media antarabangsa melaporkan, ketegangan antara Ukraine dan negara jirannya, Russia semakin memuncak susulan tindakan Moscow menempatkan anggota tenteranya berhampiran sempadan Ukraine.

Tindakan itu dilihat sebagai ancaman terhadap Ukraine dan negara Eropah lain, walaupun dinafikan oleh Russia.

Selain itu, Moscow turut menyatakan kebimbangan terhadap aktiviti ketenteraan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran sempadan negara itu, yang dianggap menggugat keselamatan Russia. – Getaran, 14 Februari 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 19 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar