Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hanya 47.9 Peratus Masyarakat Melayu Ambil Dos Penggalak, Apa Puncanya?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2022 8:29AM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sehingga semalam, sebanyak 13,174,229 individu dewasa berusia 18 tahun ke atas sudah menerima suntikan dos penggalak COVID-19.

Namun baru-baru ini, Menteri Kesihatan,Khairy Jamaluddin mendedahkan hanya 47.9 peratus populasi masyarakat Melayu di seluruh negara telah mengambil suntikan tersebut setakat 10 Februari lalu.

Data itu jelas menunjukkan ada jurang ketara antara peratusan pengambilan dos penggalak masyarakat Melayu dengan kaum Cina yang kira-kira 81.3 peratus sudah menerima suntikan tersebut.

Kenapa ramai menolak dos penggalak, sedangkan majoriti rakyat di negara ini sudah melengkapkan dua dos?

Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Pakar Kesihatan Awam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berpendapat, situasi itu berlaku kerana masyarakat Melayu sering mempunyai tanggapan negatif terhadap vaksinasi COVID-19.

“Orang kita banyak fikir macam-macam dan pelik-pelik tentang vaksin ini. Ada yang fikir semuanya agenda Yahudilah, ada juga fikir pasal kesan sampingan selain takut divaksin. 

“Kaum Melayu pula ramai, ada hampir 22 juta orang, memang nampak kitalah yang paling ‘degil’. Jadi kita perlu prihatin sedikit mengenai isu-isu semasa COVID-19,” katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, keadaan itu berbeza dengan masyarakat Cina kerana mereka menyedari kepentingan vaksinasi COVID-19 termasuk dos penggalak.

“Masyarakat Cina selalunya peka terhadap isu semasa. Mereka tahu isu COVID-19 macam mana, ada subvarian apa dan bermacam-macam lagi.

“Orang Melayu pula bila data diberi, mereka kata kerajaan manipulasi. Saya sendiri pun tak faham apa sebenarnya yang mereka mahukan,” keluhnya.

Menyedari jurang itu, Dr Sharifa Ezat menasihati masyarakat Melayu yang masih ‘berkira-kira’ mahu mengambil dos penggalak supaya mendapat maklumat sahih daripada pakar kesihatan bertauliah.

“Kadang-kadang ada yang terbaca pendapat pakar luar negara yang tidak bersetuju tentang dos penggalak. Mereka pun percaya dan jadi anti vaksin. Memang akan ada kumpulan itu tapi kita ikut kumpulan besarlah.

“Konsepnya mudah sahaja. Kita ambil contoh mazhab, kita ikut mazhab besar, jangan ikut yang pelik-pelik. Dari segi konteks analoginya begitulah. Sama juga kalau kita mahu belajar agama, kita kena berguru dengan orang yang betul,” katanya.

Pada masa sama, beliau tidak menolak kesan sampingan mungkin berlaku tetapi manfaat yang bakal diterima individu divaksin jauh lebih besar.

“Betul saya banyak kali cakap ada kesan sampingan, bukan kita cakap tak ada langsung, memang ada tapi hanya sedikit.

“Namun jika dibandingkan, manfaat vaksin itu sendiri jauh lebih besar daripada kesan sampingan yang mungkin berlaku. Jadi kita ikut pendapat umumlah,” katanya.

Sementara itu, Dr Sharifa Ezat turut berpendapat kadar pengambilan dos penggalak masih di tahap rendah disebabkan rakyat sudah tidak percaya kepada ahli politik dan juga kerajaan pada hari ini.

“Saya rasa itulah sebab utama ditambah pula dengan situasi politik yang tidak menentu ketika ini. Mereka kena tunjuk contoh yang baik kepada rakyat. 

“Walaupun Menteri Kesihatan tunjuk anak sudah divaksin, pemimpin lain pun kena buat perkara sama. Itu mungkin antara cara untuk galakkan rakyat ambil dos penggalak.

“Saya dah tak boleh fikir cara lain sebab pakar akan cakap perkara sama, tapi rakyat tetap tak percaya juga. Jadi menteri atau kerajaan kenalah tunjuk usaha mereka,” katanya. - Getaran, 14 Februari 2022

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Chegu Bard Mengaku Tidak Bersalah Memfitnah, Menghasut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 5 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Aktiviti Mencurigakan, Pusat Keagamaan Disiasat

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

Semasa 1 hari yang lalu

Kemarau: Beting Pasir Seluas Padang Bola Timbul Di Sungai Kelantan