web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM Sudah Ambil Keterangan 5 Pegawai MARA

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2022 1:14PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengambil keterangan lima pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang didakwa terbabit dengan isu salah guna kuasa, namun tiada tangkapan dilakukan setakat ini.

Mengesahkan perkara itu sumber SPRM berkata, keterangan kelima-lima pegawai terbabit diambil kelmarin bagi membantu siasatan berhubung isu berkenaan.

“Bagaimanapun, setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan SPRM akan meneruskan siasatan lanjut berhubung isu ini,” katanya ringkas.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan kehadiran lima pegawai kanan itu di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, pada jam 3 petang.

Setakat ini, seramai 14 saksi termasuk empat ahli lembaga pengarah MARA Corporation (MARA Corp), tujuh individu dari pengurusan MARA Corp, dua pegawai MARA serta seorang dari sebuah syarikat setiausaha korporat dan syarikat perkhidmatan penyumberan luar korporat (CoSec) kepada agensi itu, sudah dipanggil untuk memberikan keterangan.

Minggu lalu, akaun Twitter, @ES_EdisiKhas mendedahkan satu surat permohonan menjalankan siasatan integriti terhadap lima pegawai kanan MARA, berhubung tuntutan mencurigakan dikemukakan.

Surat bertarikh 30 Januari itu dihantar Pengerusi Eksekutif MARA Corporation, Datuk Suhaili Abdul Rahman kepada Pengerusinya, Datuk Seri Azizah Mohd Dun.

Akaun @ES_EdisiKhas turut mendedahkan dokumen sokongan tuntutan oleh kelima-lima individu terbabit yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Bagaimanapun, Azizah dalam satu kenyataan menafikan berlaku salah guna kuasa atau urus tadbir dalam agensi itu dan anak syarikatnya seperti didakwa.

Menurutnya, MARA memandang serius dakwaan itu dan tidak akan berkompromi serta melindungi mana-mana individu terbabit dalam salah guna kuasa atau tidak berintegriti.

Pada masa sama beliau memberitahu, MARA turut memandang serius penyebaran dokumen pentadbiran dalaman kepada pihak awam sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap agensi berkenaan.

SPRM kemudiannya mengesahkan menerima satu aduan berhubung salah laku berkenaan dan akan memulakan siasatannya pada kadar segera.

“SPRM akan mengambil keterangan beberapa saksi daripada MARA Corporation.

“Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, berkaitan dengan kesalahan mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk mendapatkan suapan,” katanya.

Bagaimanapun, kelima-lima pegawai terbabit membuat laporan polis bagi menafikan penglibatan mereka dalam isu tersebut dan mendakwa menjadi mangsa penganiayaan individu tertentu dalam MARA. - Getaran, 12 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 2 minggu yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 18 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad