web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kad Warga Asing Diwujudkan Untuk Warga Asing Lama Di Sabah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2022 4:20PM

Hamzah pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-Induk) di Kementerian Dalam Negeri hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kad warga asing akan diwujudkan sebagai dokumen bagi kerajaan mengenal pasti keberadaan warga asing yang tinggal lama di Sabah termasuk kanak-kanak, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menyifatkan cadangan yang dikemukakan oleh  kerajaan Sabah sebagai baik, Hamzah berkata kad warga asing itu membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti bilangan serta keberadaan warga asing di Sabah.

“Masalah di Sabah begitu sulit. Mereka (warga asing) ini telah tinggal lama contohnya generasi kedua atau ketiga dan kita tahu mereka ini warga asing dan tiada dokumen langsung.

“Oleh itu, kita ingin selaraskan dan kita beri kad warga asing. Apa yang penting adalah keberadaan sesiapa sahaja dalam negara ini, (mereka) perlu mempunyai dokumen dan identiti kita tahu mereka adalah warga asing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing Di Sabah (JKPWAS-INDUK) Bilangan 1 Tahun 2022 bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, di sini hari ini.

Ditanya jumlah warga asing yang akan diberikan kad berkenaan, Hamzah berkata pendataan akan dilaksanakan bagi mengenal pasti jumlah warga asing yang ada di Sabah.

“Kad warga asing mungkin dapat dalam masa tiga bulan lagi. Kita berikan adalah kad warga asing bukan kad warganegara … jelas tertera dia warga asing di kad tersebut,” katanya.

Beliau berkata apabila mereka dikenal pasti sebagai warga asing, mereka mungkin boleh digunakan sebagai tenaga kerja dan diberikan kad pekerja.

“Kita lakukan ini bermaksud ada sikap perikemanusiaan dan mereka juga warga dunia, sebagai warga dunia kita harus memberi mereka pengenalan,” katanya.

Dalam pada itu, Hamzah berkata mesyuarat JKPWAS-INDUK hari ini bersetuju supaya pelaksanaan penguatkuasaan melalui operasi bersepadu diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negeri Sabah diteruskan bagi membanteras kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah.

Selain itu, katanya cadangan penempatan semula masyarakat Pala’u akan diteliti lebih lanjut di peringkat pegawai dari aspek dasar dan perundangan melalui sebuah jawatankuasa kerja.

Hamzah berkata mesyuarat JKPWAS-INDUK juga bersetuju mempertimbangkan kemudahan khusus untuk Sabah bagi memastikan pembangunan di negeri itu tidak terjejas dan terus pesat membangun.

Berhubung isu pendaftaran lewat kelahiran di Sabah, Hamzah berkata pindaan Ordinan Kelahiran dan Kematian di Sabah atau Cap. 123 sedang diteliti di peringkat akhir untuk mempertimbangkan tempoh pendaftaran kelahiran dari 42 kepada 90 hari.

“Isu kelewatan pengusiran tahanan imigresen di depot-depot imigresen di Sabah pula sedang diteliti dan akan terus dirunding bersama kedutaan berkenaan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

‘Dulu Penyokong, Sekarang Saya Musuh Nombor 1 Muhyiddin’ - Hamzah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 6 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan