web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Remaja 15 Tahun Direman, Bantu Siasatan Kes Bayi Maut Ditikam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2022 4:22PM

Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman (kiri) tiba di Wad Bersalin Hospital Kemaman, bagi mengeluarkan perintah reman selama 7 hari ke atas seorang remaja perempuan bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi lelaki semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes seorang bayi lelaki yang maut dipercayai akibat ditikam di Kemaman semalam.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman di Wad Bersalin Hospital Kemaman, setelah mendapat permohonan daripada pihak polis bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Tengku Eliana dilihat tiba di hospital berkenaan kira-kira pada 12.40 tengah hari dengan diiringi anggota polis, dan difahamkan proses reman dilakukan di hospital kerana remaja itu masih menerima rawatan selepas bersalin.

Dalam kejadian pagi Selasa itu, bayi lelaki yang baharu sahaja dilahirkan, ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di dada, dipercayai akibat ditikam dengan objek tajam, di sebuah rumah di Felcra Seri Bandi, Chukai di Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan dilaporkan berkata polis menerima laporan daripada petugas kesihatan kira-kira 10 pagi semalam berhubung kejadian itu, dan sebaik tiba di tempat kejadian pihaknya merampas beberapa peralatan tajam yang mempunyai kesan darah. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

3

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

5

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 26 minit yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 3 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 minit yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad