web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPR Sasar 70 Peratus Pemilih Keluar Mengundi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2022 4:21PM

Abdul Ghani (tengah) pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung pilihan raya negeri itu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan 70 peratus pengundi akan melaksanakan tanggungjawab itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bulan depan.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, bagi menggalakkan orang ramai keluar mengundi, SPR akan melaksanakan kempen ‘Jom Kita Undi’ melalui pelbagai saluran media.

“Ini termasuk media elektronik, media sosial, hebahan melalui siar raya dan pemasangan kain rentang di lokasi strategik yang menjadi tumpuan awam serta lokasi bersesuaian,”

“Suruhanjaya ini juga mengharapkan kerjasama daripada pihak media dan jentera parti politik untuk menggalakkan rakyat di negeri berkenaan untuk keluar mengundi,” katanya.

Menurut Abdul Ghani, seramai 49,290 petugas dilantik bagi mengendalikan proses pilihan raya negeri berkenaan yang ditempatkan di 1,084 pusat pengundian.

Katanya, pusat pengundian itu membabitkan 1,021 pusat pengundian biasa dengan 4,638 saluran dan 63 pusat pengundian awal (82 saluran).

Menurut Abdul Ghani, bagi pusat pengundian biasa, sejumlah 962 pusat mengundi akan dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang, manakala 59 mula beroperasi mengikut waktu diwartakan.

“Manakala, pusat mengundi awal pula akan dibuka dari jam 8 pagi dengan 29 daripadanya beroperasi hingga 12 tengah hari, lapan hingga 2 petang dan 26 hingga 5 petang,” katanya.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata, pelaksanaan PRN Johor dianggar membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM96 juta.

Mengulas mengenai prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 bakal ditetapkan bagi mengekang penularan jangkitan virus itu, terutama ketika kadar kes semakin meningkat sejak beberapa hari lalu, beliau berkata, peraturan terbabit sedang dikemaskini SPR, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ujarnya, SOP itu akan dimaklumkan sebaik dimuktamadkan ketiga-tiga pihak berkenaan.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) Induk 2021 yang dikemaskini 21 Januari lalu, seramai 2,597,742 orang layak mengundi pada PRN Johor. – Getaran, 9 Februari 2022
 

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar