web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor 12 Mac Ini, Penamaan Calon 26 Februari

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2022 1:50PM

Abdul Ghani Salleh - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon bagi kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah pada 26 Februari ini, manakala pengundian awal ditetapkan 8 Mac depan.

“Satu Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-15 akan diadakan bagi mengisi kekosongan 56 kerusi DUN Johor.

“SPR menetapkan tarikh penting bagi PRU DUN Johor ke-15 ini, iaitu hari pengeluaran writ adalah pada 9 Februari 2022 (hari ini),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung pengumuman tarikh PRN Johor selepas mempengerusikan mesyuarat khas di sini, hari ini.

Abdul Ghani berkata, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRN Johor ini menggunapakai DPPR Induk pada 2021 yang dikemaskini 21 Januari lalu.

“Berdasarkan DPPR ini, seramai 2,597,742 pengundi layak mengundi pada PRU Johor yang terdiri daripada 2,574,835 pengundi biasa, anggota tentera dan pasangan (10,955), anggota polis dan pasangan Pasukan Gerakan Am (11,576) serta Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara (376),” katanya.

Abdul Ghani berkata, SPR melantik 56 pegawai pengurus dengan dibantu 186 penolong pegawai pengurus untuk menjalankan proses pilihan raya berkenaan.

Manakala, katanya, bagi tujuan memantau semua aktivti kempen pilihan raya itu, SPR menubuhkan 56 Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR), membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil calon bertanding.

Pada masa sama, jelasnya, SPR menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula 26 Februari hingga jam 11.59 malam, 11 Mac 2022.

Beliau berkata, bagi pengundian pos luar negara dan dalam negara pula, permohonan untuk kategori warga tempatan di luar negara dibuka bermula hari ini sehingga 18 Februari.

Manakala, katanya, bagi kategori petugas pilihan raya, SPR, anggota polis, tentera dan petugas media dibuka bermula hari ini sehingga 24 Februari nanti.

“Permohonan undi pos untuk warga tempatan yang berada di luar negara dan sembilan agensi dalam sektor keselamatan serta kesihatan dilaksanakan secara atas talian.

“Sebanyak 56 Pusat Penamaan Calon (PPC) dan 56 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) akan digunakan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad mengumumkan pembubaran DUN Johor pada 22 Januari selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Bermula tempoh itu, tugas pentadbiran negeri diteruskan kerajaan ‘caretaker’ pimpinan Hasni.

Beliau sebelum ini memaklumkan pembubaran DUN Johor adalah bagi mendapatkan semula mandat rakyat negeri itu, memandangkan sepanjang hampir dua tahun mentadbir Johor, kerajaan dianggap berfungsi atas ihsan pembangkang. - Getaran, 9 Februari 2022

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad