web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MPN Syor Kerajaan Buka Sempadan Negara Seawal 1 Mac Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2022 3:14PM

MKN berpandangan cadangan pembukaan semula sempadan negara itu tidak terhad kepada negara tertentu sahaja sebaliknya dibuka kepada semua negara. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Majlis Pemulihan Negara (MPN) hari ini mengesyorkan kerajaan membuka sepenuhnya sempadan negara seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib, kata Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata syor itu antara yang dikemukakan dalam mesyuarat MPN di sini hari ini adalah langkah penting bagi menyokong pemulihan negara khususnya dalam sektor ekonomi dan pelancongan, serta mampu menarik pelabur asing ke negara ini.

"Namun pembukaan sempadan negara  perlu dilaksanakan secara terancang berdasarkan penilaian risiko semasa penularan COVID-19 dalam negara," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN hari ini. 

Muhyiddin berkata ujian saringan COVID-19 perlu dilakukan sebelum berlepas dan sejurus tiba di pintu sempadan berpandukan syor daripada Kementerian Kesihatan (KKM), dan KKM akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Muhyiddin berkata cadangan pembukaan semula sempadan negara itu sepatutnya tidak terhad kepada negara tertentu sahaja sebaliknya dibuka kepada semua negara.

''Dalam taklimat tadi, Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin) memaklumkan varian Omicron sudah berada di seluruh dunia, jadi kita tidak boleh pilih-pilih negara,” katanya.

Beliau berkata syor berkenaan juga boleh dilaksanakan memandangkan sistem pengurusan kesihatan awam negara mampu mengawal penularan varian Omicron berdasarkan pengalaman lepas selain mempunyai fasiliti kesihatan yang mencukupi.

Muhyiddin berkata MPN mengesyorkan kerajaan melaksanakan pelarasan bagi semua jenis bantuan kewangan dalam bentuk geran dan pinjaman untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang disediakan agensi pembiaya kerajaan dan sistem perbankan negara, supaya lebih sistematik.

“Ia bagi meningkatkan penggunaan sumber lebih optimum, bersasar dan berlandaskan keperluan supaya tidak berlaku pertindihan, malah lebih ramai pengusaha yang terjejas dapat menerima bantuan,” katanya.

Muhyiddin berkata MPN turut ambil maklum industri pembinaan negara pada masa ini menghadapi isu kenaikan harga bahan binaan, kekurangan pekerja asing dan turut terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta ambil maklum bahawa industri itu penting bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Sehubungan itu, katanya MPN menyokong cadangan Lembaga Pembangunan Industri Binaan (CIDB) mengenai penyelesaian segera dan jangka masa panjang berkaitan industri pembinaan.

Ditanya mengenai SOP Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bekas perdana menteri itu berpandangan ia perlu dilonggarkan bagi memastikan sistem demokrasi lebih telus.

“Mereka yang terlibat dalam PRN mendapat peluang untuk berkempen tetapi dengan batas-batas tertentu,” kata Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional dan Presiden Bersatu.

Semalam, Khairy dilaporkan berkata PRN Johor boleh diteruskan memandangkan varian Omicron tidak menunjukkan kesan teruk berbanding varian Delta.

Khairy juga berkata syor bagi SOP PRN Johor telah dimuktamadkan dan dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum diumumkan tidak lama lagi.

Muhyiddin turut mengumumkan pelantikan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MPN berkuat kuasa 1 Februari lepas, yang akan bertanggungjawab mengetuai pasukan dalam penggubalan hala tuju serta strategi Pelan Pemulihan Negara 2.0. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 8 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad