web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Elak Sijil Bertukar Putih, Golongan Sasaran Perlu Ambil Segera Dos Penggalak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2022 1:46PM

Seramai 3.5 juta penerima vaksin primer Sinovac masih belum mendapatkan dos penggalak dan berisiko terdedah kepada jangkitan varian Omicron. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Warga emas dan semua penerima dos primer Sinovac diingatkan supaya mengambil suntikan dos penggalak sebelum 1 Mac ini bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap mereka.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan sijil vaksinasi golongan terbabit bertukar menjadi putih di aplikasi MySejahtera.

“Bagi warga emas, status vaksinasi anda akan menjadi tidak lengkap (warna putih dalam sijil digital MySejahtera) sekiranya tidak menerima dos penggalak sebelum 1 Mac.

“Sama juga kepada semua penerima Sinovac tidak kira umur. Top up perlindungan anda untuk selamat daripada Omicron. #PICKBooster,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Semalam, Khairy memaklumkan seramai 3.5 juga penerima vaksin primer Sinovac masih belum mendapatkan dos penggalak dan berisiko terdedah kepada jangkitan varian Omicron.

Malah katanya, golongan tersebut kini boleh menerima jenama vaksin sama sebagai dos penggalak berikutan keengganan segelintir penerima vaksin itu menerima dos campuran Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan sistem ujian dan isolasi sudah diautomasikan secara digital.

Katanya, jika disahkan positif, individu terbabit perlu melapor terus keputusan tersebut di MySejahtera untuk mendapatkan Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) digital.

“Jika tiada gejala atau gejala ringan (2A) tak perlu pergi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) KKM. Self-isolate dan update health status di MySejahtera,” katanya.

Beliau berkata, isolasi diri dan HSO dilaksanakan untuk mengelakkan kesesakan di CAC yang perlu menyaring kes-kes bergejala teruk sahaja.

“Jika anda asimtomatik atau mengalami simptom ringan, tinggal di rumah untuk pulih. Jika gejala anda bertambah teruk, dapatkan bantuan perubatan,” katanya. - Getaran, 8 Februari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad