web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RRTF Diaktifkan, Bantu Kawal Gelombang Baharu COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 6:04PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - National COVID-19 Rapid Response Task Force (RRTF) iaitu jawatankuasa khas mengawal penularan COVID-19 akan diaktifkan semula, sebagai usaha memastikan tahap kesiapsiagaan yang tinggi dalam menghadapi gelombang terbaru.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, RRTF akan melaksanakan tindakan awalan pantas dalam mengawal penularan di sesebuah negeri atau kawasan.

Menurut beliau, ia mencakupi penambahan katil dan pengubahsuaian katil bukan COVID-19, pembinaan hospital medan dan penggunaan hospital swasta untuk pemberian rawatan.

"RRTF ini akan dipengerusikan secara bersama oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Asmayani Khalib, yang akan melapor secara terus kepada saya," katanya dalam satu sidang media yang dilakukan secara atas talian.

Katanya, KKM juga sedang dalam proses membangunkan COVID-19 Clinical Care Pathway.

Beliau berkata, ia bertujuan memulakan pemberian ubat anti viral terkini kepada pesakit COVID-19 berisiko tinggi pada peringkat awal, ketika masih bergejala ringan bagi mencegah jangkitan menjadi lebih teruk.

"Rawatan anti viral ini membabitkan pesakit di Klinik Kesihatan, COVID-19 Assessment Centre, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan hospital bagi pesakit yang dimasukkan ke wad.

“Ia (rawatan) akan dimulakan sebaik sahaja bekalan ubat anti viral itu sudah tersedia,” katanya.

Khairy menarik perhatian, pesakit kategori satu tanpa gejala, bergejala ringan atau bukan daripada golongan berisiko tinggi tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).

“Mereka hanya perlu melakukan pemantauan kendiri setiap hari melalui Health Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera.

"Perkhidmatan mesej ringkas (SMS) atau panggilan daripada perkhidmatan automated voice recording (robocall) akan dihantar sekiranya anda tidak menjalankan pemantauan kendiri melalui MySejahtera," katanya. - Getaran, 7 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 11 jam yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad