web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebakaran Pulau Gaya - Hasrat Tukar Atap Tak Kesampaian

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2021 3:56PM

Lebih 200 penduduk Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Niat seorang lelaki untuk menukar atap rumahnya dengan zink yang baru dibeli tinggal sebagai hasrat apabila kediamannya itu musnah dalam kebakaran yang turut menyaksikan puluhan rumah lain hangus dalam kejadian di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya dekat sini  malam tadi.

 Ali Hasan Amin, 60, berkata atap zink baharu yang dibelinya pada harga lebih RM1,000 beberapa hari lepas, turut musnah dalam kejadian yang berlaku kira-kira 8.30 malam itu.

"Ketika kejadian saya berada di rumah dan rumah pertama punca kebakaran itu bersebelahan dengan rumah saya," katanya kepada Bernama di Dewan Serba guna Likas, di sini hari ini.

Ali Hasan yang telah menetap di kampung itu hampir 10 tahun berkata apabila menyedari api mula marak, dia menyelamatkan kesemua 13 ahli keluarganya termasuk isteri, anak dan cucu-cucunya.

Suri rumah Nornada Wilso, 37, pula berdepan saat cemas apabila seorang anak lelakinya yang berusia enam tahun hilang selepas terlucut daripada pegangan kakak iparnya ketika cuba menyelamatkan diri bersama-sama ahli keluarganya yang seramai 12 orang. 

"Tetapi syukur, kami jumpa dia (anak) di hujung jambatan sebelum kami dibawa ke sini kira-kira pukul 3 pagi," katanya.

Seorang lagi penduduk Norozi Nordin, 34, berkata dia menyedari kejadian itu apabila bekalan elektrik terputus, menyebabkan dia keluar dari rumah dan ternampak api sedang marak membakar beberapa rumah jirannya.

Katanya dia dan beberapa penduduk kemudian bertindak memecahkan dinding rumah berhampiran kebakaran serta membasahkan rumah terbabit dengan air laut bagi menghalang api merebak ke rumah-rumah lain. 

"Kami kemudian membantu penduduk menyelamatkan diri dan memindahkan mereka ke tempat selamat… syukur jugalah api tidak merebak ke rumah penduduk lain tetapi sedih lihat mereka yang  kehilangan rumah dan harta benda," katanya. 

Dalam kejadian itu, sebanyak 73 buah rumah di atas air musnah sepenuhnya menyebabkan lebih 200 penduduk tinggal sehelai sepinggang manakala 757 kediaman lagi berjaya diselamatkan menerusi tindakan pantas pasukan bomba. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar