web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPRM Siasat MARA Isnin Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2022 8:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memulakan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan lima pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Isnin ini.

Menerusi kenyataannya, SPRM memaklumkan, siasatan itu dijalankan selepas pihaknya menerima aduan berhubung isu berkenaan.

Katanya, SPRM juga akan mengambil keterangan beberapa saksi daripada MARA Corporation untuk proses siasatan itu.

“SPRM memandang serius dakwaan wujudnya isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan MARA yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi tersebut.

“Susulan itu, SPRM sudah menerima satu aduan berkaitan isu ini dan akan memulakan siasatan pada 7 Februari 2022 (Isnin) dengan mengambil keterangan beberapa saksi daripada MARA Corporation,” katanya.

Suruhanjaya itu berkata, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

“Seksyen ini berkaitan dengan kesalahan mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk mendapatkan suapan,” katanya.

Terdahulu, akaun Twitter, @ES_EdisiKhas mendedahkan satu surat permohonan mengenai siasatan integriti terhadap lima pegawai kanan MARA berhubung tuntutan mencurigakan oleh mereka.

Surat bertarikh 30 Januari itu dihantar Pengerusi Eksekutif MARA Corporation, Datuk Suhaili Abdul Rahman kepada Pengerusi MARA, Datuk Seri Azizah Mohd Dun.

Selain itu, @ES_EdisiKhas mendedahkan dokumen sokongan membabitkan tuntutan kelima-lima individu berkenaan dengan kos mencecah ratusan ribu ringgit.

Bagaimanapun, Azizah dalam satu kenyataan menafikan berlaku salah guna kuasa atau urus tadbir dalam agensi itu dan anak syarikatnya seperti didakwa.

Menurutnya, MARA memandang serius terhadap dakwaan itu dan tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana individu yang terbabit dalam salah guna kuasa atau tidak berintegriti.

Pada masa sama, beliau menyatakan MARA memandang serius penyebaran dokumen pentadbiran dalaman kepada pihak awam sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap agensi berkenaan. - Getaran, 5 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 19 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad