web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bayi Bertali Pusat Ditemui Dalam Bakul

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 9:39PM

Bayi baru lahir yang ditemui di hadapan sebuah restoran di Taman Mutiara, Batu Berendam, Melaka hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui masih hidup di dalam bakul pakaian berhampiran sebuah restoran di Taman Mutiara, Batu Berendam di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, bayi itu ditemui seorang wanita berusia 51 tahun ketika dia sedang mengutip tin di kawasan sekitar, kira-kira jam 7 pagi.

Beliau berkata, sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu, sepasukan polis bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

“Wanita terbabit mengatakan dia terdengar tangisan seperti bayi dan selepas dia mendekati arah datangnya suara itu, dia menjumpai bayi masih hidup di dalam bakul pakaian.

“Bayi itu diletak beralaskan kain batik dan masih ada kesan darah serta uri, bakul itu ditinggalkan di tepi tembok berhadapan restoran,” katanya.

Menurut beliau, wanita itu kemudian ke sebuah klinik berhampiran untuk memaklumkan kejadian dan dibantu menghubungi polis pada kira-kira jam 7.15 serta ambulans.

“Bayi cukup sifat itu kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan dan rawatan susulan.

“Siasatan lanjut kini giat dijalankan bagi mengesan individu bertanggungjawab, manakala kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi,” katanya. - Getaran, 4 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi Cukup Sifat Ditinggalkan Di Tangga Pangsapuri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Kelar Bayi Umur 6 Bulan, WhatsApp Gambar Mayat Kepada Suami

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi Maut Dicampak: Polis Rakam Keterangan 2 Individu

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad