web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


111 Penjaja Pasar Sri Tanjong Pindah Sementara

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 8:14AM

Aktiviti Pasar Sri Tanjong berjalan seperti biasa.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seramai 111 penjaja di Pasar Sri Tanjong dipindahkan sementara ke tapak menjaja baharu, bagi membolehkan kerja baik pulih membabitkan struktur tiang yang rosak dilakukan.

Ia membabitkan penjaja barangan runcit di tingkat bawah dan makanan laut kering serta gerai makanan, masing-masing  terletak di tingkat satu dan dua.

Seorang penjaja yang ditemui, Nuraviah Fauliyana Fitri Hamid, 23, berkata, mereka mula berpindah ke kawasan yang ditetapkan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) seminggu lalu selepas isu kerosakan struktur bangunan yang berusia 23 tahun itu tular di media sosial.

“Kami dimaklumkan oleh MPT untuk berpindah pada petang Rabu minggu lalu bagi membolehkan kami mula berniaga pada keesokan harinya.

“Kami dipindahkan ke kawasan laluan pejalan kaki di tingkat yang sama, tidak jauh dengan gerai asal,” katanya.

Tambah Nuraviah, dia dan rakan-rakan bersyukur kerana masih diberikan peluang berniaga walaupun keadaan kurang selesa berbanding sebelumnya.

Perkara itu disokong Lina Ashyraf, 34, yang turut akur dengan keputusan MPT meminta mereka berpindah sementara.

Lina Ashyraf
Lina Ashyraf

“Ia demi keselamatan kami dan pelanggan selain memudahkan pihak berkuasa melakukan kerja baik pulih.

“Jika terpaksa menutup perniagaan, saya akan menumpukan perhatian terhadap perniagaan secara talian seperti yang dilakukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) satu dan dua,” katanya.

Tinjauan Getaran di lokasi mendapati, aktiviti perniagaan berjalan seperti biasa manakala tapak gerai di kawasan berhampiran tiang yang rosak ditutup untuk sebarang aktiviti.

Sementara itu, Presiden MPT Jospeh Pang berkata, pemindahan hanya membabitkan penjaja hasil laut kering dan barangan runcit di kawasan terjejas sahaja.

“Manakala gerai makanan pula terpaksa ditutup sepenuhnya (tanpa pemindahan) dan akan dikecualikan pembayaran sewa sehingga kerja baik pulih selesai.

“Pihak MPT memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan memohon semua pihak memberi kerjasama sebaik mungkin demi menjamin keselamatan awam di pasar berkenaan,” katanya.

Joseph menjelaskan, sehingga kini, pihaknya masih menunggu hasil laporan dan kajian daripada pihak berkaitan mengenai kerosakan bangunan tersebut sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

Getaran sebelum ini melaporkan lebih 1,000 penjaja dan pelanggan menyuarakan kebimbangan selepas terdapat kerosakan pada satu struktur tiang utama di Pasar Sri Tanjong yang turut dijadikan sebagai Pusat Transformasi Bandar (UTC)

Hasil pemeriksaan yang dilakukan, dua lagi tiang utama di pasar tersebut turut rosak selain dinding di beberapa premis agensi kerajaan retak. - Getaran, 4 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

2

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Konflik Sudan: Thailand Sedang Buat Persiapan Untuk Pindahkan Rakyatnya

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Harga Tiket Ke Tawau Didakwa RM3,138 Sehala, ‘Syarikat Penerbangan, Tolonglah…’

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pengerusi SKMM Tak Pernah Hantar Emel Tawar Bantuan Pindah Hadiah Kemenangan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran