web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Pengikut Kumpulan Wali Tujuh Ditahan 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 6:16PM

3 PATI telah ditangkap kerana disyaki bergiat aktif sebagai pengikut kumpulan Wali Tujuh oleh ESSCOM, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) yang disyaki bergiat aktif sebagai pengikut kumpulan Wali Tujuh berjaya ditahan Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), semalam.

Komander ESSCOM, Deputi Komisioner (DCP) Hamzah Ahmad berkata, mereka ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah pekerja di Ladang Bukit Kertam, Kota Kinabatangan, semalam.

Menurut beliau, kumpulan berkenaan dipercayai membawa ajaran berunsur batin dan kebal.

"Mereka ditahan untuk siasatan lanjut oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabatangan," katanya.

Bahan berupa sejenis peralatan untuk menilik turut dirampas oleh polis.
Bahan berupa sejenis peralatan untuk menilik turut dirampas oleh polis.

Hamzah berkata, penahanan tersebut turut membawa kepada rampasan sejenis peralatan untuk menilik dikenali sebagai kalendar putikaan, pisau, senjata jenis lastik dan pelbagai jenis tangkal yang dimiliki oleh seorang daripada suspek.

"Berdasarkan risikan awal, kumpulan yang diketuai oleh seorang guru dengan dibantu dua individu ini mula bergiat aktif sejak tiga bulan lalu sebelum berkembang pantas dan menarik minat penyertaan pekerja ladang, khususnya warga asing di sekitar Lahad Datu dan Kota Kinabatangan.

"Pada waktu ini, kumpulan ini mempunyai seramai 20 orang pengikut terdiri daripada warga asing yang merupakan pekerja ladang di sekitar daerah tersebut," katanya hari ini.

Sehubungan dengan itu, Hamzah menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan ajaran atau dakyah baharu yang boleh menimbulkan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat setempat.

Tambahnya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu dan kumpulan yang sengaja mengganggu-gugat ketenteraman awam serta keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). - Getaran, 2 Februari 2022
 

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad