web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jatuh Dari Tingkat 3, Kanak-Kanak Autistik Terselamat Daripada Maut

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 5:57PM

Anggota bomba memeriksa keadaan kanak-kanak perempuan yang terjatuh dari tingkat 3 sebuah bangunan di Pusat Perniagaan Mahacity, dekat Kuah, Langkawi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Seorang kanak-kanak autistik perempuan terselamat daripada maut setelah terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan blok kedai di Pusat Perniagaan Mahacity, dekat Kuah di sini, pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner (ACP) Shariman Ashari berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian menimpa kanak-kanak berusia 12 tahun itu kira-kira jam 8.15 pagi dari pihak bomba.

"Bapa mangsa yang berusia 36 tahun mendakwa, kejadian itu berlaku semasa dia dan ahli keluarga yang lain sedang tidur di salah sebuah premis di bangunan tersebut. 

"Kejadian itu hanya disedari setelah pengawal keselamatan yang berada di bawah blok kedai, memaklumkan mengenai kejadian itu kepada keluarga mangsa," katanya. 

Kanak-kanak perempuan yang jatuh dari tingkat 3 sebuah bangunan dibawa ke hospital. - Gambar ihsan Bomba
Kanak-kanak perempuan yang jatuh dari tingkat 3 sebuah bangunan dibawa ke hospital. - Gambar ihsan Bomba

Mengulas lanjut Shariman berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami luka pada bahagian pinggul dan paha sebelah kanan.

''Selain itu mangsa turut mengadu sakit di bahagian dada serta cedera pada hidung," katanya.

Sementara itu Ketua Zon Langkawi, Penguasa Bomba, Mohd. Fadzullah Mohd. Noor berkata, pihaknya telah memberi rawatan awal kepada kanak-kanak tersebut sebaik tiba ke lokasi.

"Mangsa didapati mengalami kecederaan di kepala dan dibawa ke Hospital Sultanah Maliha (HSM) dengan menggunakan ambulans," katanya. - Getaran 2 Februari 2022.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 8 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 8 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan