web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Henti Guna Alasan COVID-19 Punca Harga Barang Naik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 1:17PM

COVID-19 tidak boleh lagi dijadikan sebagai alasan punca kenaikan harga barang terutama sayur. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kerajaan tidak sepatutnya terus menggunakan alasan penularan COVID-19 sebagai punca kenaikan harga pelbagai barangan di pasaran ketika ini.

Pengerusi Biro Sosial FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat, setiap kementerian perlu mengambil langkah tegas bagi membendung sebarang kenaikan tidak masuk akal harga barangan.

"Apa yang berlaku ketika ini, kenaikan (harga) barang tidak boleh lagi dikaitkan sepenuhnya dengan COVID-19, mesti ada sebab lain dan menjadi peranan kerajaan meneliti segala kemungkinan berlakunya kenaikan harga ini. 

"Sepatutnya, agensi dan Kementerian berkaitan lebih peka memandangkan setiap keputusan membabitkan penetepan dan kenaikan harga barangan, perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum dibenarkan atau diluluskan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Razak Daud
Razak Daud

Razak yang juga ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenaikan harga barangan keperluan asas seperti minyak masak serta telur ayam di pasaran sejak kebelakangan ini. 

Menurut beliau, banyak harga barangan  meningkat secara mendadak, seolah-olah menggambarkan tiada sebarang pemantauan langsung dilakukan.

"Akhir sekali yang menanggung beban ialah pengguna dan rakyat," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dilaporkan berkata masalah COVID-19 antara punca menyaksikan kenaikan harga barangan, termasuk sayuran di pasaran ketika ini. 

Nik Muhammad Zawawi berkata, pihak Kementerian sedang merangka pelan tindakan bagi membendung kenaikan harga barangan keperluan seperti sayuran, ayam dan barangan mentah lain. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin memaklumkan kerajaan akan terus memberi subsidi bagi memastikan harga barangan dapat dikawal sebagaimana harga sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang dijadualkan berakhir Jumaat ini. 

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara mengenai industri pengeluaran makanan, terutamanya ayam dan telur ayam, di Putrajaya.

Ismail Sabri turut mengumumkan kerajaan menetapkan harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan 20 sen daripada harga siling ditetapkan menjadi RM8.90, manakala harga telur ayam semua gred kekal seperti harga kawalan SHMKM. 

Mengulas lanjut, Razak menyarankan kerajaan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan membabitkan isu kenaikan harga barangan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Katanya, tindakan lebih tegas dan bersepadu juga perlu dilakukan melalui agensi dan Kementerian terbabit bagi mengawal segera kenaikan harga barangan untuk mengelak pihak tertentu mengambil kesempatan. - Getaran, 2 Februari 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad