web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


7 Kematian Baharu COVID-19, 1 BID

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 10:58AM

Jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 kini mencecah 31,985 dengan 6,447 daripadanya adalah kes BID. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, satu kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian kini mencecah 31,985 dengan 6,447 daripadanya adalah kes BID.

Johor dan Selangor masing-masing mencatatkan dua angka kematian, diikuti satu di Pahang, Perak dan Terengganu.

Tiada kematian dilaporkan di Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 57,152 kes aktif dilaporkan dengan 49,787 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,211 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 3,041 lagi menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 113 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 59 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,187 kes sembuh turut dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 28,683 dos vaksin diberikan semalam iaitu 28,185 dos penggalak, 210 dos pertama dan 288 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25,714,107 atau 78.7 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi dengan 22,925,383 membabitkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas. - Getaran, 2 Februari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 18 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad