web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jalan Petaling Sunyi, Rakyat Gembira Sambut Tahun Harimau

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 4:13PM

Kebanyakan peniaga di Petaling Street telah menutup kedai hari ini bagi membolehkan mereka membuat persediaan bagi acara 'makan besar' malam nanti. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sambutan Tahun Baharu Cina kali ini memberi makna yang besar kepada masyarakat Tionghua yang tidak berpeluang menyambutnya secara besar-besaran selama dua tahun, susulan pandemik COVID-19.

Setelah tidak dapat pulang ke kampung sejak awal 2020, 2022 memberi sinar kepada mereka yang akhirnya berpeluang berkumpul bersama keluarga tersayang bagi meraikan kehadiran tahun harimau.

Seorang peniaga menjual barangan hiasan di Petaling Street.
Seorang peniaga menjual barangan hiasan di Petaling Street.

Di ibu negara, Jalan Petaling atau lebih dikenali 'China Town' Petaling Street ialah lokasi yang sering menjadi tumpuan ramai mencari barangan persiapan menyambut tahun baharu lunar.

Bagaimanapun, dalam tempoh yang berbaki kurang dari 24 jam, kawasan tumpuan itu hari ini lengang, apabila majoriti peniaga sudah mula bercuti dan menutup operasi buat sementara.

Tinjauan Getaran mendapati, Jalan Petaling sunyi tanpa kehadiran ramai pengunjung, malah deretan kedai yang lazimnya meriah sudah mula menghentikan operasi, selepas dibanjiri pelanggan sejak awal Januari lalu.

Ng Chin Chong
Ng Chin Chong

Seorang peniaga daging salai, Ng Chin Chong, 53, berkata, pendapatannya meningkat lebih 75 peratus, berbanding ketika permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020.

"Kedai saya selalunya tidak ramai pelanggan, namun sejak dua minggu lalu, boleh dikatakan ramai singgah membeli daging.

"Sambutan agak baik tahun ini, tidaklah seperti ketika kemuncak COVID-19 melanda negara. Sekarang kita masih terikat dengan prosedur operasi standard (SOP), namun baik jugalah hasil jualan," katanya yang mengusahakan perniagaan itu sejak tiga dekad lalu.

Menurut Chin Chong, keputusaan kerajaan melonggarkan peraturan bagi sambutan Tahun Baharu Cina kali ini, termasuk acara 'makan besar' dan aktiviti ziarah amat dihargai.

"Sudah dua tahun juga, kerajaan tidak memberi kelonggaran untuk acara makan besar keluarga, dan kami sangat gembira kerana akhirnya tahun ini dapat berkumpul sebagai sebuah keluarga," katanya.

Chin Chong berkata, perniagaan ditutup sementara bermula jam 3 petang, bagi membolehkan persiapan dibuat untuk acara makan bersama keluarga malam nanti.

Tan Mei Ting
Tan Mei Ting

Seorang pekerja swasta, Tan Mei Ting, 35, yang ditemui ketika sedang membeli kuih-muih pula berkata, dia amat gembira apabila kerajaan tidak melarang orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing.

"Saya sangat gembira dengan SOP longgar kerajaan yang membenarkan penganjuran rumah terbuka serta aktiviti ziarah.

"Lagipun, abang saya yang  menetap di Singapura balik hari ini, dan malam ini kami sekeluarga akan makan besar," katanya, gembira.

Mei Ting yang akan pulang ke kampungnya di Taiping, Perak hari ini berkata, hampir kesemua persiapan sambutan Tahun Bharu Cina di rumahnya sudah selesai.

Sementara itu, kebanyakan restoran di sekitar Jalan Petaling difahamkan habis ditempah untuk sesi makan bersama keluarga, malam nanti. -  Getaran, 31 Januari 2022.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad