web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


8 Kematian Baharu COVID-19, Perak Catat Jumlah Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 1:03PM

Jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 kini mencecah 31,965 dengan 6,442 daripadanya adalah kes BID. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak lapan kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, satu kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian kini mencecah 31,965 dengan 6,442 daripadanya adalah kes BID.

Perak mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu tiga, diikuti Johor (dua) manakala Melaka, Pahang dan Terengganu masing-masing satu kes.

Tiada kematian dilaporkan di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 53,248 kes aktif dilaporkan dengan 45,883 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,247 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 2,998 lagi menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 120 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 65 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,056 kes sembuh turut dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 78,731 dos vaksin diberikan semalam iaitu 77,493 dos penggalak, 510 dos pertama dan 728 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25,712,141 atau 78.7 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi dengan 22,924,199 membabitkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas. - Getaran, 31 Januari 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar