web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Harga Limau Mandarin Naik, Jejas Persiapan Tahun Baharu Cina

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2022 3:20PM

Kenaikan harga limau mandarin di pasaran akibat kekurangan stok didakwa menjejaskan persiapan Tahun Baharu Cina.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kenaikan harga limau mandarin sehingga RM8 hingga RM10 sekotak di Terengganu dianggap membebankan masyarakat Tionghua menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, Selasa ini.

Situasi berkenaan turut didakwa menjejaskan persiapan mereka memandangkan buah itu menjadi antara hidangan tradisi bagi perayaan terbabit.

Malah, kenaikan harga itu menyebabkan mereka terpaksa mengehadkan pembelian limau mandarin dan menggantikannya dengan makanan lain, seperti kuih untuk dijadikan sebagai hidangan atau buah tangan kepada tetamu serta sanak saudara.

Pembeli, Wung Soo Chin, 63, berkata kenaikan itu menyebabkan dia hanya mampu membeli sekotak limau mandarin untuk Tahun Baharu Cina kali ini, berbanding empat kotak pada tahun lalu.

Wung Soo Chin
Wung Soo Chin

“Dulu kita boleh beli limau pada harga RM15 hingga RM18 sekotak, tapi tahun ini naik sehingga RM24 ke RM28 sekotak.

“Jadi, saya beli sekotak saja tahun ini untuk dimakan bersama keluarga dan tidak dapat beri pada rakan-rakan seperti sebelum ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Seorang pembeli lain, Ng Phei Jin, 33 berkata, selain kenaikan harga, pengguna turut berdepan kekurangan bekalan limau mandarin di pasaran.

“Memang susah cari limau, banyak tempat habis dan jika ada pun harga mahal, tetapi kita terpaksa dapatkan juga sebab bagi masyarakat Cina, buah itu wajib ada untuk perayaan ini

“Jika dulu beli 50 kotak, sekarang kena kurangkan kepada 30 kotak dan gantikan dengan hidangan lain untuk menjamu tetamu serta sanak saudara,” katanya.

Sementara itu, peniaga buah Xin Lee, 52, berkata kenaikan harga limau mandarin tidak dapat dielakkan memandangkan ia diimport dari China.

“Banyak sebab kenaikan harga, antaranya pandemik COVID-19 yang menyebabkan penghantaran stok limau dari China, terjejas.

“Nilai ringgit kita menurun dan kos logisitik meningkat, menyebabkan kita terpaksa membeli daripada pembekal pada harga tinggi, jadi kita pun terpaksa naikkan harga,” katanya. - Getaran, 30 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Tahun Baharu Cina: Sambutan Merentasi Etnik, Harapan Mengatasi Ketakutan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Budaya 2 tahun yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Jom Rakam Kenangan Di Kwai Chai Hong Sempena Tahun Baharu Cina 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad