web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir Landa Negara Akibatkan Kerugian Cecah RM6.1 Bilion - Jabatan Perangkaan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 3:14PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Banjir yang melanda negara pada penghujung tahun lepas dan awal tahun ini telah mengakibatkan kerugian berjumlah RM6.1 bilion, bersamaan 0.4 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar nominal, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Pengarah DOSM Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata berdasarkan Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia 2021 yang dikeluarkan hari ini, aset awam dan infrastruktur mengalami kerugian tertinggi iaitu sebanyak (RM2.0 bilion), diikuti tempat kediaman (RM1.6 bilion) dan kenderaan (RM1.0 bilion).

Sementara itu beliau berkata sektor pembuatan mengalami kerugian RM0.9 bilion, premis perniagaan (RM0.5 bilion) dan pertanian (RM90.6 juta).

Laporan berkenaan yang membentangkan impak banjir, kajian kes di sekitar Lembah Klang dan statistik ekonomi sosial di peringkat daerah berkenaan diperoleh berdasarkan survei khas untuk menilai impak banjir yang dijalankan pada 30 Disember lepas sehingga semalam (27 Januari).

DOSM menggunakan kaedah banci secara bersemuka di kawasan terlibat yang menggunakan soal selidik, kaedah pemerhatian dan panggilan telefon selain menggunakan data pentadbiran yang diperoleh daripada pelbagai agensi sebagai kaedah pengumpulan data untuk survei itu.

Negeri yang terkesan adalah Johor, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu, Sabah, Sarawak, dan Kuala Lumpur.

Berdasarkan laporan itu, Selangor merupakan negeri mencatatkan kerugian tertinggi bagi kategori melibatkan tempat kediaman, sektor pembuatan, kenderaan dan premis perniagaan.

Bagi kategori kediaman, Mohd Uzir berkata Selangor mencatatkan kerugian berjumlah RM1 bilion, diikuti Pahang (RM425.6 juta) dan Melaka (RM69.7 juta).

“Daerah catat kerugian tertinggi di Selangor bagi kategori kediaman adalah Petaling (RM258 juta), diikuti Hulu Langat RM253.6 juta dan Klang (RM252.8 juta),” katanya.

Bagi kenderaan, tiga negeri mencatatkan kerugian tertinggi adalah Selangor iaitu sebanyak RM855 juta, Pahang (RM78.2 juta) dan Negeri Sembilan (RM18.3 juta), kata beliau.

 “Daerah yang mencatatkan kerugian tertinggi bagi kerosakan kenderaan di negeri Selangor adalah Petaling iaitu RM328.3 juta, diikuti Klang  (RM276.9 juta) dan Hulu Langat (RM155.5 juta),” katanya.

Mohd Uzir berkata bagi sektor pembuatan, Selangor merekodkan kerugian sejumlah RM884.5 juta, diikuti Pahang RM5.6 juta dan Negeri Sembilan RM1.2 juta.

“Selangor turut mencatatkan kerugian premis perniagaan berjumlah RM396.4 juta. Pahang merupakan negeri kedua tertinggi dengan kerugian RM83.8 juta dan seterusnya Johor (RM13.8 juta),” katanya.

Beliau berkata kajian-kajian lain yang telah dilaksanakan oleh DOSM di negeri terkesan banjir turut dimuatkan di dalam laporan itu bertujuan membantu pengguna memahami situasi banjir yang melanda negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 4 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad