web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Vaksin COVID-19 Kanak-Kanak Selamat, Berkesan, Program PICKids Bermula 3 Februari

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 5:59PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun akan dimulakan 3 Februari nanti.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, dianggarkan seramai empat juta kanak-kanak layak menerima vaksin mRNA iaitu Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech).

“Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun bermula Februari ini melalui Program Vaksinasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).

“Penghantaran pertama akan tiba pada 28 Januari ini dari Belgium dan vaksin ini akan dihantar ke 52 pusat simpanan Vaksin Ultra Low Freezer (ULTF) di seluruh negara,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Menurut beliau, vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak adalah selamat dan berkesan.

“Pengambilan vaksin ini amat digalakkan bagi memastikan kesihatan anak-anak terpelihara. Data dari luar negara menunjukkan seramai 8.6 juta kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) telah diberi suntikan sejak ia dimulakan.

“Kesan sampingan sangat sedikit dan tak ada kes melibatkan kematian. Jadi kesimpulannya, berdasarkan data-data ini, kita akan melaksanakan suntikan vaksinasi Pfizer yang dikira selamat dan berkesan untuk kanak-kanak,” katanya.

Katanya, sebagai permulaan, pemberian vaksin itu akan dilaksanakan di Lembah Klang melalui hospital bagi kanak-kanak yang mempunyai komorbid, manakala kumpulan tanpa masalah kesihatan akan menerima suntikan tersebut di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi.

“Proses ini seterusnya akan diperluaskan ke sekolah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM). Keadah pemberian lain yang dikenal pasti adalah PPV Offsite, klinik swasta, klinik kesihatan dan program jangkau luar (outreach).

“KKM juta telah memulakan kerjasama dengan agensi pemegang taruh yang lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, persatuan dan pertubuhan bagi memastikan semua kanak-kanak mendapat akses kepada vaksinasi COVID-19,” katanya.

Pada masa sama, Dr Noor Azmi berkata, Sistem Tempahan Janji Temu melalui aplikasi MySejahtera akan dibuka bagi memudahkan ibu bapa atau penjaga membuat tempahan janji temu suntikan COVID-19.

“Sehingga hari ini, seramai 484,639 kanak-kanak telah mendaftar di MySejahtera. Melalui kaedah ini, ibu bapa atau penjaga boleh memilih lokasi serta masa vaksinasi yang sesuai untuk anak mereka.

“KKM mempelawa ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang tinggal di Lembah Klang untuk membuat tempahan janji temu anak masing-masing dan ia akan diperluas ke negeri lain dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata, sistem tersebut akan dimuat naik di Playstore hari ini dan boleh diakses dalam masa terdekat.

“Ibu bapa atau penjaga perlu mengemaskini aplikasi MySejahtera dan daftar anak-anak sebagai tanggungan. Selepas itu mereka akan diberi pautan untuk membuat tempahan janji temu.

“Saya juga mengalu-alukan pakar kanak-kanak swasta turut menyertai PICKids melalui ProtectHealth Corp sekiranya mereka masih belum terlibat dalam program ini,” katanya.

Dr Noor Azmi menegaskan, program vaksinasi itu amat penting untuk membolehkan negara memasuki fasa endemik dan seterusnya pulih daripada impak pandemik COVID-19.

“Justeru bagi program ini, saya menyarankan setiap individu menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai ibu bapa dan penjaga untuk memastikan kesejahteraan keluarga dan negara,” katanya. - Getaran, 27 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad