web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rayuan Najib Kembalikan Semula Saman Terhadap Ambank Islamic, 2 Lagi Ditolak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 3:03PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan hari ini untuk mengembalikan semula saman sivil terhadap AmBank Islamic Bhd dan dua lagi berhubung dakwaan salah urus akaun banknya.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim sebulat suara menolak rayuan Najib dan memerintahkan beliau membayar kos RM40,000 kepada AmBank Islamic serta AMMB Holdings Bhd dan kos RM35,000 kepada bekas pengurus perhubungan pelanggan Joanna Yu Ging Ping yang merupakan responden dalam rayuan itu.

Hakim Yaacob yang menyampaikan keputusan mahkamah berkata pertuduhan jenayah yang dihadapi Najib dalam kes SRC International Sdn Bhd (SRC) bukan disebabkan oleh AmBank Islamic, AMMB Holdings dan Yu.

“Ia adalah soal kuasa budi bicara tunggal atau tidak terikat oleh Peguam Negara, sebagai pendakwa raya untuk memulakan sebarang prosiding pertuduhan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,” katanya.

Beliau berkata isu dalam saman sivil Najib dan kes jenayah SRC Internationalnya adalah hampir serupa, jika tidak sama sepenuhnya.  

Hakim Yaacob berkata mahkamah berpendapat bahawa beliau (Najib) berusaha untuk meneruskan saman sivilnya untuk menjejaskan prosiding jenayah dan penemuan oleh Mahkamah Tinggi Jenayah dan Mahkamah Rayuan dalam kes jenayah SRC International.

Yu adalah seorang daripada saksi pendakwaan dalam perbicaraan yang dihadapi Najib atas tujuh pertuduhan berkaitan dakwaan penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mensabitkan kesalahan serta menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib dalam kes jenayah SRC International.

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 Disember 2021. Najib memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman di Mahkamah Persekutuan. 

Najib juga mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 yang membatalkan samannya terhadap bank itu dan Yu, yang beliau dakwa antara lain telah melakukan kecuaian ketika mengendalikan akaun banknya dengan mendedahkannya kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Dalam keputusan mahkamah yang disampaikan secara dalam talian, Hakim Yaacob berkata saman sivil yang difailkan Najib terhadap bank itu dan Yu bukan bertujuan untuk menuntut ganti rugi tetapi hanya ‘serangan kolateral’ terhadap apa yang telah berlaku dan diselesaikan di hadapan mahkamah jenayah dalam kes SRC International.

Serangan kolateral bermaksud tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan dalam kes lain.

Hakim Yaacob berkata beliau bersetuju dengan hujahan peguam responden bahawa pentadbiran keadilan akan menjadi huru-hara jika pengisytiharan tidak bersalah atau dibebaskan daripada sebarang salah laku jenayah diperoleh daripada mahkamah sivil, yang akan menceroboh domain mahkamah jenayah.

Beliau berkata adalah tidak wajar isu yang sama diadili oleh mahkamah sivil dan mahkamah jenayah.

“Perlu diambil perhatian bahawa perayu (Najib) didapati bersalah atas pertuduhan jenayah tersebut oleh Mahkamah Tinggi dan selepas rayuan oleh perayu, dapatan dan keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan,” katanya.

Hakim Yaacob berkata dalam penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes SRC International, mahkamah bersetuju dengan keputusan mahkamah Tinggi mengenai isu pengetahuan Najib berkaitan operasi akaun banknya.

Berikutan keputusan itu, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah beliau akan membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.

Peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar mewakili Yu, manakala peguam Yoong Sin Min dan Benjamin John Dawson bertindak bagi pihak bank. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

1MDB: Dokumen Perbankan Tidak Diserah Kepada Pembelaan Kerana Tidak Relevan - Saksi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sah, Hukuman Penjara Najib Dikurang 6 Tahun

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jasmine Loo Saksi Penting Dalam Perbicaraan Kes 1MDB, Najib - Pegawai Penyiasat

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad