web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Lelaki Dipenjara 2 Bulan, Denda RM12,000

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 10:59AM

Sulaiman (dua kiri) didenda RM12,000 selepas mengaku bersalah memandu dalam keadaan mabuk di Mahkamah Majistret, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Padah memandu dalam keadaan mabuk, seorang lelaki dipenjara selama dua bulan dan didenda RM12,000 selepas mengaku bersalah memandu dalam keadaan mabuk di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Sulaiman Abd Salim, 54, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Bintang 3, dalam daerah Tawau, pada 9 Januari lalu.

Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan, Sulaiman ditahan pada jam 3.05 pagi ketika sedang memandu sebuah Proton Wira di bawah pengaruh alkohol, iaitu 85 miligram (mg) dalam 100 mililiter darah.

Pihak pendakwaan mendapati kandungan alkohol dalam badan tertuduh melebihi had dibenarkan iaitu 50 mg bagi setiap 100 mililiter darah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87).

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara tidak lebih dua tahun serta denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM30,000.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuan meminta mahkamah mengenakan hukuman ringan, selain turut  mengaku sudah menyesali perbuatan dilakukan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Suriana, memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal berbentuk pengajaran selain mengambil kira kepentingan awam.

Suhaimi dalam hujahnya menegaskan, perbuatan tertuduh memandu dalam keadaan mabuk bukan saja membahayakan dirinya tetapi juga mengancam nyawa pengguna jalan raya lain sekiranya berlaku kemalangan.

Tegasnya, kes kemalangan akibat pemanduan mabuk semakin meningkat di Tawau malah beberapa pesalah juga telah dijatuhkan hukuman berat, namun ia masih terus berlaku, sekali gus menunjukkan kurangnya kesedaran masyarakat.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Amir Shah Amir Hassan kemudian menjatuhkan hukuman denda RM12,000, dan penjara selama 12 bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda itu.

Amir Shah turut memerintahkan hukuman penjara tertuduh itu bermula dari tarikh sabitan dan dia juga hilang kelayakan memiliki lesen memandu selama dua tahun. - Getaran, 27 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 41 minit yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi