web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kebenaran Perjalanan Umrah Legakan 10,000 Jemaah 'Tertangguh' – SAFTTA

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 9:25PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFTTA) menyambut baik keputusan Kabinet membenarkan kembali perjalanan umrah mulai 8 Februari ini kerana ia memberi kelegaan kepada hampir 10,000 jemaah yang tertangguh untuk mengerjakan ibadah terbabit.

Presidennya, Dr Fathir Badri AlHadad, berkata keputusan itu juga menunjukkan perbincangan bersama antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Kesihatan (KKM) serta agensi pelancongan sebelum ini membuahkan hasil.

“Keputusan kerajaan hari ini memberikan kelegaan kepada hampir 10,000 jemaah umrah yang sudah tertangguh perjalanan umrah mereka.

“Ini juga menunjukkan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin benar-benar mengotakan janji untuk tidak melanjutkan tempoh penggantungan perjalanan umrah melebihi satu bulan,” katanya kepada Getaran.

Fathir Badri AlHadad
Fathir Badri AlHadad

Fathir Badri berkata, keputusan diumumkan awal itu juga secara tidak langsung dapat memberikan sedikit masa kepada agensi pelancongan dan umrah untuk menguruskan semula jadual perjalanan jemaah masing-masing.

“SAFTTA akan terus berbincang dengan kementerian terbabit untuk merangka prosedur operasi standard (SOP) agar penangguhan ini tidak berulang.

“Kami juga menyeru jemaah untuk sentiasa menjaga SOP dan kebersihan ketika mengerjakan umrah kelak,” katanya.

Terdahulu, Nancy menerusi kenyataan berkata, Kabinet hari ini membuat keputusan untuk membenarkan umat Islam kembali mengerjakan umrah selepas menangguhkan ibadat berkenaan sejak 8 Januari lalu berikutan penularan jangkitan Omicron. - Getaran, 26 Januari 2022.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 10 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad