web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Umrah Kembali Dibenarkan Mulai 8 Februari Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 9:12PM

Nancy Shukri - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan kembali membenarkan perjalanan mengerjakan umrah berkuatkuasa 8 Februari depan, selepas ia ditangguhkan sejak awal bulan ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri, berkata kebenaran itu diputuskan ketika mesyuarat Kabinet hari ini.

“Baru tadi saya membuat keputusan seperti diperkatakan dan dijanjikan sebelum ini yang mana penggantungan untuk umrah hanya satu bulan. 

“Kita tidak mahu memanjangkan penggantungan ini, jadi mulai 8 Februari, agensi umrah bolehlah meneruskan penerbangan seperti dirancang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan video 'Dream Malaysia' dengan kerjasama Tourism Malaysia dan GoPro di Hotel Equatorial di sini, hari ini.

Nancy berkata, bagaimanapun jemaah diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan, termasuk mendapatkan suntikan dos penggalak sebelum mengerjakan ibadat itu.

Katanya, beberapa SOP baharu akan diperkenalkan bagi menambah baik sistem sedia ada. 

“SOP sebelum ini memang sama, cuma ada beberapa peraturan perlu ditambah baik dan perkara itu akan dibincangkan pihak agensi umrah.

“Kerajaan mahu memastikan apabila jemaah balik nanti, mereka boleh memilih untuk menjalani kuarantin di pusat kuarantin ditetapkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, setakat ini pihaknya masih belum mengetahui waktu penerbangan pertama bagi jemaah umrah yang bakal berlepas mengerjakan ibadah berkenaan pada 8 Februari.

“Tetapi apa yang pasti, agensi umrah sudah mengetahui secara terperinci apakah syarat wajib untuk memastikan ia dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Pihak agensi pelancongan juga sudah mengadakan perbincangan selama lebih dua minggu dan saya yakin mereka membuat persediaan selanjutnya,” katanya. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini memaklumkan kerajaan menangguhkan sementara umrah berkuatkuasa 8 Januari lalu, berikutan penularan jangkitan Omicron. - Getaran, 26 Januari 2022.
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Pendidikan 8 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad