Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tabung Haji Tunggu Makluman Rasmi Arab Saudi - Zulkifli

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2021 3:22PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Lembaga Tabung Haji (TH) menunggu makluman rasmi daripada kerajaan Arab Saudi berhubung tambahan kuota rasmi haji yang dijangka akan dimaklumkan Riyadh sekitar Ramadan April nanti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata sementara menunggu makluman tersebut, TH akan membuat pelbagai persediaan yang sepatutnya bagi mempersiap bakal jemaah haji sebelum bertolak ke Makkah.

“Saya yakin insya-Allah sekitar Ramadan akan dapat tahu. Walaupun ia waktu yang singkat untuk membuat persediaan, tapi TH akan ambil secara positif untuk membuat persediaan mengikut kadar kemampuannya selain bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah dihadapi bakal jemaah haji.

“Kita tunggu mereka (Arab Saudi) yang pastinya telah mengambil kira aspek kesihatan, keamanan dan keselamatan yang menjadi agenda utama (sewaktu menunaikan ibadah) dan bukannya sekadar penyediaan tempat tetapi jemaah haji itu sendiri,” katanya selepas menyerahkan sumbangan komputer riba kepada pelajar asnaf UTM Perak di Dewan Besar Tabung Haji, hari ini.

Malaysia mendapat tambahan kuota rasmi haji sebanyak 10,000 lagi yang akan dilaksanakan selepas keadaan wabak COVID-19 terkawal dan ibadah itu dibuka semula dan menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, perkara itu dipersetujui oleh Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud dalam satu pertemuan pada Selasa di Riyadh (Rabu di Malaysia).

Ditanya mengenai pemilihan dan kuota jemaah haji, Zulkifli berkata masih terlalu awal untuk diletakkan sebarang sasaran jumlah bakal haji yang dapat menunaikan rukun Islam kelima tersebut.

“Pemilihan bakal haji adalah mengikut syarat yang telah ditetapkan TH sebelum ini seperti perlu disuntik vaksin. Untuk jumlahnya, kita belum ada angka rasmi lagi. TH akan lihat pada kemampuan dan kesihatan bakal haji termasuk daripada kalangan warga emas,” jelasnya.

Mengikut laman web Tabung Haji, kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota haji untuk setiap negara sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah penduduk dan kuota haji untuk Malaysia pada masa ini ialah 31,600.

Dilapor, terdapat kira-kira 3.6 juta bakal jemaah haji yang berdaftar dengan TH ketika ini dan secara asasnya terpaksa menunggu hingga 130 tahun untuk mendapatkan giliran mengerjakan haji.

Sementara itu, ditanya mengenai kontroversi membabitkan usahawan Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang tidak hadir ke mahkamah berhubung isu menghina Islam dan Wan Norhayati Wan Alias atau lebih dikenali Ibu Yati yang terpalit dengan isu ajaran sesat, Zulkifli berkata beliau akan membuat kenyataan bertulis mengenai perkara itu dalam masa terdekat.

Berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang membenarkan penganut Kristian di seluruh negara menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan agama itu, Zulkifli berkata satu perbincangan dalaman bersama bahagian akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan diadakan esok.

“Kita bincang dalaman dahulu dan tengok apa yang terbaik. Saya kena tengok dari semua aspek, agama kita, undang-undang, pandangan terdahulu dan mutakhir, semua itu kita kena tengok,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 218 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari Johor, Perak dan Pahang menerima bantuan komputer riba dan wang tunai melalui inisiatif Program Iqra’ yang antara lain memberikan bantuan pendidikan kepada pelajar daripada golongan asnaf dan keluarga B40. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Polis Rakam Keterangan 8 Individu

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kes Stoking Kalimah Allah Dalam Siasatan, 42 Laporan Polis Diterima Seluruh Negara

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bangunkan Sektor Pelancongan Bagi Jana Pendapatan Penduduk Kuala Kubu Bahru 

oleh Diyana Nawwar

Semasa 9 jam yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

Politik 1 hari yang lalu

Ada Cubaan Lemahkan Semangat Juang Jentera PH, Guna Surat Layang Sebar Fitnah

oleh Sophia Ahmad