web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja Alami Detik Cemas, Tangan Tersepit Mesin Pengisar Ikan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2022 9:16PM

Pasukan Bomba membawa mangsa bersama mesin berkenaan ke hospital untuk tindakan selanjutnya. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Seorang remaja perempuan cedera selepas tangannya tersepit mesin pengisar ikan, di sebuah restoran di Perdana Square, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa berusia 17 tahun itu dikatakan sedang bekerja apabila insiden berkenaan berlaku.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.17 tengah hari.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba, pasukan mendapati tangan seorang mangsa perempuan tersepit di dalam mesin pengisar ikan.

“Mangsa dibawa bersama mesin berkenaan ke hospital kerana perlu menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Getaran diberitahu, operasi tersebut pada awalnya ditamatkan pada jam 1.46 tengah hari, namun disambung semula kerana pihak hospital memerlukan bantuan bomba untuk membuka mesin berkenaan.

“Tangan mangsa berjaya dilepaskan menggunakan peralatan khas, dan mangsa diberi rawatan lanjut oleh pihak hospital selepas itu.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.15 petang,” katanya. - Getaran, 25 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran