web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sarawak Benarkan Jamuan Keluarga Menjelang Tahun Baharu Cina

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2022 8:22AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak membenarkan jamuan makan bersama keluarga pada 31 Januari ini menjelang Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada hari berikutnya (1 Februari).

JPBN mengumumkan kelonggaran berkenaan berikutan Sarawak kini berada di bawah Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut JPBN, acara makan keluarga itu bagaimanapun dihadkan untuk ahli keluarga pada kapasiti kehadiran 50 peratus mengikut saiz rumah atau berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan untuk restoran.

Aktiviti ziarah juga dibenarkan pada hari pertama dan kedua sahaja dalam kalangan ahli keluarga namun rumah terbuka anjuran individu, persatuan atau pertubuhan tidak dibenarkan, menurut JPBN.

“Upacara sembahyang di rumah ibadat dibenarkan dengan mematuhi SOP pembukaan rumah ibadat oleh Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR). Sambutan Chap Goh Mei (penghujung sambutan Tahun Baharu Cina) hanya dalam kalangan ahli keluarga  terdekat sahaja,” menurut kenyataan itu.

Aktiviti tarian singa pula dibenarkan beroperasi mulai 1 hingga 4 Februari dari 6 pagi hingga 6 petang diikuti dari 6 pagi hingga 10 malam pada 15 Februari (Chap Goh Mei).

“Jumlah ahli pasukan yang terlibat hendaklah tidak melebihi 12 orang. Persembahan hanya dibenarkan di kawasan luar rumah, luar rumah ibadat dan luar premis sahaja serta tertakluk dengan permohonan daripada penganjur, pemilik dan tuan rumah,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

4

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 58 minit yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar