web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Grafik House Of Balak, Fahmi Redza Dipanggil Ke Bukit Aman Esok

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 1:01PM

Fahmi Reza dipanggil ke Bukit Aman susulan penerbitan grafik 'House of Balak'. - Gambar dari Twitter Fahmi Reza

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Artis grafik kontroversi, Fahmi Reza dipanggil ke Bukit Aman, esok, susulan penerbitan grafik ‘House of Balak’ yang dimuat naik di laman sosial Twitter miliknya 3 Januari lalu.

Aktivis itu berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terbaharu terhadapnya mengikut Akta Hasutan susulan grafik satira terbabit.

“Polis dah buka kertas siasatan baharu terhadap aku bawah Akta Hasutan dan #AktaSakitHati kerana grafik satira pertama yang aku post tahun ni pasal #HouseOfBalak.

“Macam biasa aku dipanggil untuk disoal siasat esok, kali ini di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Kita jumpa esok,” katanya di Twitter @kuasasiswa, hari ini.

Grafik House of Balak yang dipercayai dihasilkannya itu dimuat naik ke media sosial pada 3 Januari lalu, dan meraih perhatian orang ramai susulan kejadian banjir teruk dihadapi penduduk Pahang, dikatakan berpunca daripada penebangan balak tanpa kawalan.

Karya satira itu mendapat 4,800 kali ulang ciap dan 8,300 tanda suka oleh pengguna Twitter. - Getaran, 24 Januari 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 58 minit yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad