web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#TangkapAzamBaki, 5 Laluan Sekitar Brickfields Dilencongkan - Polis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 9:39AM

Jalan masuk ke Bangsar dilencongkan bagi mengelakkan mana-mana pihak berhimpun di LRT Bangsar.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima jalan di sekitar Brickfields dilencongkan bermula 7 pagi ini bagi mengelak mana-mana pihak mengadakan perhimpunan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata lencongan melibatkan Jalan Bangsar, susur Jalan Bangsar Utama, Jalan Travers, Jalan Rakyat dan Jalan Maarof.

Beliau berkata polis tidak menerima sebarang pemberitahuan perhimpunan daripada mana-mana individu atau pihak seperti yang digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Perhimpunan ini jelas melanggar undang-undang Peraturan 9 (Larangan Berarak) dan 10 (Kawalan Berhimpun) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amihizam berkata pengoperasian stesen membabitkan laluan Transit Aliran Massa (MRT), LRT, monorel dan Keretapi Tanah Melayu Berhad di sekitar ibu negara dihentikan sementara bermula 7 pagi ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai urusan di Kuala Lumpur terutama di kawasan LRT Bangsar dan sekitarnya dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan urusan masing-masing.

“Polis tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang masih berdegil menganjurkan atau menyertai sebarang perhimpunan dan akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya mengumumkan enam jalan utama di sekitar Kuala Lumpur iaitu Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Hang Tuah, Jalan Imbi dan Jalan Sultan Ismail turut dilencongkan mulai 7 pagi ini. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran