Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Makanan RMT Guna Bekas Bento, KPM Perlu Rungkai Segala Kekeliruan 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 8:33AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gambar tular nasi tanpa lauk yang didakwa diberikan kepada murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) masih lagi heboh diperkatakan di media sosial.

Terbaharu seorang guru yang menggunakan nama Cikgu Emmet Menulis di Facebook turut tampil menafikan dakwaan yang mengejutkan ramai itu.

''Jadi tak pasal pasal makanan sedekah tu diviralkan sebagai RMT.

Guru tersebut menjelaskan makanan bagi program RMT di sekolahnya disediakan dalam bekas bento, bukan plastik seperti gambar yang tular di media sosial itu.

Malah katanya, menu lauk pauk pula mesti dipamerkan dan makanan yang disediakan perlu mengikut menu yang ditetapkan.

Menurutnya lagi, makanan tersebut perlu dihabiskan di sekolah dan bukan untuk dibawa pulang. 

“Hatta susu sekolah pun mesti dihabiskan. Oleh itu saya meragui kesahihan gambar ini. Tak lama kemudian saya dapat info dari rakan yang menyiasat perkara ini.

“Dia mengatakan tapau itu memang benar benar wujud cuma ia bukanlah makanan RMT tetapi makanan disedekahkan pengusaha kantin yang tidak mahu lebihan makanan terbazir. Jadi tak pasal pasal makanan sedekah tu diviralkan sebagai RMT.  Saya harap janganlah ada pihak yang gemar menularkan berita yang tak pasti,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Nasi dan kuah yang tular di media sosial, yang didakwa sebagai RMT. - Gambar dari media sosial
Nasi dan kuah yang tular di media sosial, yang didakwa sebagai RMT. - Gambar dari media sosial

Begitupun, ada ibu bapa murid penerima RMT mendakwa makanan anak mereka disediakan dalam bekas plastik sebagai yang ditularkan di media sosial.

Lebih mengejutkan, dia mendakwa anaknya sering diberikan mi dan hanya sekali dua sahaja menikmati nasi di sekolah.

“Bila saya baca post cikgu, saya terpanggil untuk komen. Saya tak tahu pula rupanya bekas RMT disediakan dalam bentuk bento.

“Sekolah tempat anak saya pakai bekas macam tulah. Hari-hari mi anak saya cakap, dalam seminggu sekali atau dua kali sahaja dapat nasi. Itupun dalam kuantiti yang sangat sedikit,” kata Grace Rangai.

 

Saya ada lihat posting ini berlegar di garis masa facebook saya semalam. Namun saya masih belum mahu memberikan apa apa...

Posted by Cikgu Emmet Menulis on Wednesday, January 19, 2022

Seorang lagi pengguna Facebook, Roslizawati Othman turut mendakwa sekolah anaknya turut menggunakan bekas plastik untuk mengisi makanan program RMT.

“Maaf tuan, Cikgu Emmet Menulis disebabkan tuan komen berkaitan isu RMT ni, barulah saya tahu rupanya di sekolah anak saya pun berlaku seperti isu RMT yang diviralkan ini.

“Dan saya baru tahu RMT guna bekas bento sebab selama ini saya lihat mereka guna bekas tapau. Saya percaya dengan isu yang diviralkan ini sebab berlaku di depan mata sekolah anak saya sendiri,” katanya.

Namun Roslizawati berkata, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah anaknya untuk tindakan susulan.

“Saya dah isukan perkara ini kepada PIBG sekolah anak saya dan minta diambil tindakan untuk penambahbaikan dan kualiti dari segi rasa, packaging dan presentation makanan tu sendiri.

“Bagus juga isu ini diviralkan, at least kita tahu guideline yang Kementerian Pendidikan (KPM) setkan untuk semua tender kantin sekolah,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Suhaida Basiran berkata, makanan anaknya yang juga penerima RMT diletakkan di dalam bekas ‘burger’.

“Lepas tu nanti kata tak bersyukur pula kan. Mohon kerajaan selidik semula pengendalian makanan RMT di sekolah-sekolah.

“Sangat-sangat menyedihkan. Tak sampai hati tengok anak makan makanan yang dah bercampur-campur dengan buah. Sepatutnya asingkanlah buah dengan nasi,” katanya.

Susulan penjelasan tersebut, seorang pengguna Facebook, Laila Intan menggesa KPM agar menjalankan siasatan menyeluruh mengenai pengendalian makanan RMT yang tular itu bagi merungkai kekeliruan orang ramai.

“Apa-apa pun elok juga jika diadakan siasatan selanjutnya. Ada kata RMT guna bekas bento tapi mungkin ada yang sebaliknya.

“Ada yang menyediakan dengan sebaiknya, ada juga yang sekadar ada. Harap kes ini dapat pencerahan sebaiknya. Kasihan sangat kalau itu makanan RMT,” katanya.

Tidak dinafikan ada juga ibu bapa yang mengakui makanan RMT yang diberikan kepada anak mereka diletakkan dalam bekas bento.

“Betul cikgu, makanan RMT sekolah anak saya berbentuk bento. Packaging yang kemas dan bersih,” kata Juvina Grace.

“Anak saya sekolah kampung jer tapi makanan RMT dalam bento, elok,” kata Fauzani Nani.

Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menjelaskan, gambar nasi putih dan kuah yang tular, bukan makanan untuk murid di bawah program RMT.

“Wakil Kementerian Pendidikan telah turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan pemilik Facebook berkenaan. 

“Siasatan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. 

Jelas beliau lagi, makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja.  - Getaran, 22 Januari 2022

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

“Jenazah Ibu Sempurna” – Anak Allahyarham Noor Rahiza

Semasa 1 hari yang lalu

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu