web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


22 Ditahan Bantu Siasatan Penyelewengan Dana Khas Kaum India

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 9:00PM

Seramai 22 orang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana program pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 22 individu termasuk pengarah syarikat, presiden dan setiausaha persatuan serta pertubuhan ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana program pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India.

Enam daripada mereka telah direman antara empat hingga enam hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret Selangor, Kedah dan Putrajaya, manakala, 16 lagi individu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber memberitahu Getaran, sebanyak 337 syarikat, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenal pasti mendapat peruntukan sebanyak hampir RM203 juta sejak tahun 2019 sehingga 2021.

“Siasatan SPRM menjurus kepada dua fasa iaitu Fasa 1.0 yang menumpukan kepada 27 buah syarikat, persatuan dan NGO yang telah menerima peruntukan antara RM1 juta hingga RM9 juta.

“Pada Oktober tahun lalu, SPRM telah menahan 18 individu membabitkan 10 syarikat, pertubuhan dan NGO bagi membantu siasatan penyelewengan ini,” katanya.

Sumber berkata, operasi dikenali sebagai MITRA 2.0 ini menumpukan kepada baki 17 syarikat dan pertubuhan yang telah menerima dana berjumlah RM1 juta hingga RM9 juta.

Dana tersebut katanya, disalurkan melalui Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) di bawah kelolaan Jabatan Perpaduan Negara.

Menurut sumber, selain tindakan ini, SPRM telah bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara dengan menubuhkan pasukan khas siasatan dalaman bagi memberikan tumpuan terhadap 310 syarikat yang telah menerima peruntukan di bawah RM1 juta.

“Fokus siasatan dalaman ini akan meneliti semua bentuk permohonan, laporan perbelanjaan dan program yang dikatakan telah dilaksanakan oleh penerima geran peruntukan MITRA dari tahun 2019 hingga 2021,” katanya.

Beliau berkata, peruntukan tertinggi yang diluluskan ialah pada tahun 2019 iaitu melebihi RM90 juta.

“Ia diluluskan kepada 205 syarikat, persatuan serta NGO dan daripada jumlah itu, terdapat lapan syarikat dikenal pasti memperolehi geran peruntukan lebih RM1 juta,” katanya. - Getaran, 21 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad