web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tajuddin Buat 'Hal' Lagi, Netizen Anggap Kelakuan Memalukan, Ibarat Gangster

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 6:01PM

Tajuddin Abdul Rahman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nampaknya insiden memalukan semasa mengendalikan sidang akhbar nahas kemalangan LRT Mei tahun lalu, tidak dijadikan iktibar oleh Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman agar lebih berhati-hati ketika berkata-kata.

Terbaharu, Ahli Parlimen Pasir Salak itu kembali menjadi bualan hangat netizen di Twitter gara-gara video beliau ‘mengamuk’ di Dewan Rakyat, semalam.

Berdasarkan video yang tular itu, Tajuddin dilihat mempertahankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad ketika diasak bertalu-talu oleh pemimpin pembangkang, apabila sedang menjawab pertanyaan diajukan kepadanya berkenaan cadangan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam menangani bencana banjir.

“Ini tidak adil Datuk Speaker, mereka (pembangkang) membuli menteri yang cuba untuk menjawab semuanya, dia cuba menjawab tapi anda semua cuba membuli dia.

“Itu tidak adil, kamu cuba membuli dia. Come on man. Apa ini pembangkang? Macam-macam soalan dijawab, tapi kamu membuli dia,” katanya.

Meskipun diarahkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon untuk duduk, Tajuddin masih tidak berpuas hati dan sempat menyindir Ahli Parlimen Shah Alam mengenai peranannya ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

“Balik-balik kerajaan. Orang jawab, kamu kata tak jawab. Ini kerajaan tak bagus, kerajaan tak pandai. Masa kamu jadi kerajaan pandai ke? Jangan tunjuk pandai, masa jadi menteri apa buat?

“Ini Menteri Wilayah konon, apa kamu buat? Alamak. Saya kenal kamu semua, saya tahu standard kamu, kualiti kamu,” katanya sebelum Mohd Rashid memadam mikrofon semua Ahli Parlimen sekali lagi.

Majoriti netizen sehubungan itu meluahkan kekecewaan dengan kelakuan Tajuddin yang disifatkan tidak ubah seperti seorang gangster.

“Ketua Gangster Pasir Salak,” kata BilliBear3.

“Pasir Salak memang kebolehan hanya menyalak. Apalah sumbangan dia pada negara selama ini? Tak ada langsung boleh dijadikan tauladan yang baik sebagai pemimpin berwibawa,” kata pula Azharg68.

“@tajuddinrahman ni ibarat lalat yang menghurung najis, dok buat bising time orang tengah berbahas. Dahlah NADMA tak buat kerja masa banjir tempoh hari. Tak payahlah nak kacau orang tengah nak berbahas! Diam-diam sudahlah. Bingit tau dengar suara annoying tu,” kata HdinHafizuddin.

“Adab dan akhlak 0,” kata FirdausZahid.

Sementara itu, beberapa netizen turut mengingatkan penduduk Pasir Salak supaya mengundi wakil rakyat yang lebih layak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Tolong orang Pasir Salak, hentikan undi dia selepas ini,” kata AzlinNamaku.

“Orang Pasir Salah next PRU tolonglah jangan undi dia lagi. Macam ni punya MP pun mengkome sokong lagi,” kata Epulatif.

“Pasir Salak hanya tahu menyalak. Macam mana orang Pasir Salak boleh pilih dia ni jadi wakil dalam Parlimen? Memalukan,” kata Najibhaidin. - Getaran, 21 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 12 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik