web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengarah, Artis Budaya JKKN Pahang Didakwa Palsu Dokumen

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 2:50PM

Dayang Kartini (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuantan bagi menghadapi pertuduhan memalsukan dokumen.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) Pahang serta artis budayanya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini, kerana memalsukan dokumen.

Tertuduh, Dayang Kartini Awang Bujang, 46 tahun yang masih bertugas sebagai Pengarah JKKN dan Mardziana Che Mohd Amin, 36, didakwa secara bersama melakukan kesalahan itu pada Jun 2020.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka melakukan kesalahan itu di pejabat JKKN Pahang dengan mencapai persetujuan bersama memalsukan dokumen arahan pembayaran, berkaitan perkhidmatan menyediakan aksesori set kepala pelanduk bagi kumpulan kesenian jabatan kepada syarikat Anas Niaga berjumlah RM9,920 pada 26 Jun 2020.

Kedua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Pendakwaan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dilakukan pegawai pendakwa daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kamariah Seman.

Sabit kesalahan, kedua-dua mereka boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Pihak pendakwaan menawarkan jumlah ikat jamin sebanyak RM10,000, namun peguam mewakili tertuduh, Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar memohon jumlah itu dikurangkan memandangkan anak guamnya memberikan kerjasama sepanjang proses siasatan dilakukan SPRM.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 setiap seorang, dengan syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM negeri dan menyerahkan pasport antarabangsa.

Tarikh sebutan semula ditetapkan 22 Februari ini bagi penyerahan dokumen berkaitan. - Getaran, 20 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 2 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad