web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMK Terima Dana RM200,000 Untuk 'Perjuang' Rebana Kercing

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 8:46PM

Nik Maheran (tengah) bersama Brian (kiri) dan Harun pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Projek Pemuliharaan Rebana Kercing di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMPAT - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima dana penyelidikan sebanyak RM200,000 daripada Kedutaan Amerika Syarikat untuk membangunkan dan memulihara warisan seni kebudayaan Rebana Kercing di Kelantan.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof Dr Nik Maheran Nik Muhammad, berkata dana menerusi Ambassadors Fund for Cultural Preservation (AFCP) itu diberikan bagi menjayakan penyelidikan dan dokumentari berkaitan Rebana Kercing.

Katanya, penyelidikan dijalankan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) bermula November tahun lalu itu, dijangka siap dalam tempoh setahun.

“Usaha pemuliharaan seni Rebana Kercing sangat penting kerana ia kini diambang kepupusan dan tidak popular berbanding seni persembahan Melayu lain, seperti Mak Yong dan Wayang Kulit. 

“Sebenarnya mengenai Rebana Kercing di UMK, kita cuba untuk memupuk seni budaya ini agak lama, iaitu dari 2014, malah pernah memohon geran seumpama ini pada 2014, namun pada waktu itu belum ada rezeki,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Projek Pemuliharaan Rebana Kercing di Kampung Laut di sini, hari ini.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Duta Besar Amerika ke Malaysia, Brian D McFeeters.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Nik Maheran (dua kanan) menyampaikan cenderahati kepada Brian pada Majlis Pelancaran Projek Pemuliharaan Rebana Kercing di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan, hari ini.
Nik Maheran (dua kanan) menyampaikan cenderahati kepada Brian pada Majlis Pelancaran Projek Pemuliharaan Rebana Kercing di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan, hari ini.

Selain itu, Nik Maheran berkata, projek pemuliharaan seni Rebana Kercing diketuai Pengarah Pusat Antarabangsa UMK, Prof Madya Dr Ng Siew Foen.

Usaha itu, katanya, membabitkan seramai 27 ahli penyelidik serta kakitangan UMK dan mereka turut mengkaji perspektif sosiobudaya masyarakat yang mengambil bahagian dalam seni terbabit.

Menurut beliau, pihaknya juga akan menyediakan dan merekodkan dokumentari berhubung Rebana Kercing untuk dijadikan rujukan kepada generasi akan datang supaya mengenali seni budaya itu.

“Pada masa sama, kita akan bangunkan modul untuk rujukan kepada sekolah supaya jadikan Rebana Kercing ini sebagai sebuah kelab kebudayaan dan modul kokurikulum di universiti.

“Kita harap Rebana Kercing ini akan dibawa sehingga ke peringkat antarabangsa, seterusnya mendapat sokongan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO),” katanya.

Mengulas lanjut, Nik Maheran berkata, Rebana Kercing dipercayai berasal dari Timur Tengah yang bertapak sejak lebih 150 tahun lalu di Kampung Laut.

Rebana Kercing, katanya, diwarisi seorang penduduk, Harun Hasan, 76, yang juga pewaris dan menjadi rujukan utama bagi gerak tari, lagu serta nyanyian budaya itu.

“UMK memilih mengangkat Rebana Kercing kerana menghormati budaya Malaysia dan projek ini adalah peluang untuk berhubung dengan masyarakat,” katanya. - Getaran, 19 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad